Buat Duit Tak Salah, Yang Salah Tindakan Kita.

In Blog by stallionbro

BUAT DUIT BUKAN SATU KESALAHAN.

BERNIAGA = BUAT DUIT … MELABUR / BERDAGANG = BUAT DUIT.

Yang Salah Adalah Mindset Dan Tindakan Kita.

Ramai orang sudah mula membuka mata dengan mempelajari ilmu pelaburan saham. Ini sesuatu yang baik bagi meningkatkan kewangan diri kita dan ekonomi negara. Banyak pelabur yang masih baru manganggap melalui pelaburan ini mereka boleh mendapatkan keuntungan yang besar dalam tempoh waktu yang singkat.

Namun keadaan yang sering terjadi ialah di sebaliknya. Bukan mendapat keuntungan besar dalam tempoh waktu yang singkat tetapi mendapat kerugian dalam waktu yang singkat.

Ini kerana kebanyakan dari kita yang baru nak berjinak dalam dunia saham ini tidak memiliki ilmu pengetahuan yang cukup dalam dunia pelaburan saham. Tambahan pula tidak mempunyai mentor atau seseorang yang lebih berpengalaman untuk memberi tunjuk ajar sehingga menyebabkan kita mengalami kerugian yang lebih besar.

Sebenarnya terdapat beberapa perkara penting yang perlu diketahui oleh pelabur baru jika nak buat duit dalam pasaran saham.

Apa bende penting tu? Haa ni kita nak bagi info cikit

1/ JAUHKAN DIRI DARI “AVERAGING DOWN”

Pernah tak anda beli satu saham kemudian harga saham tersebut jatuh. Bila harga dah jatuh, anda pun beli lagi, tambah lagi, dan beranggapan harga semakin murah. Inilah maksud “Averaging Down”

.
Kebanyakan pelabur dan pedagang baru akan menggunakan strategi averaging down, padahal belum tentu harga akan naik kembali. Bayangkan bila harga turun, anda beli. Kemudian harga terus turun dan turun lagi. Sudah tentulah kerugian akan semakin besar.

.
Kita perlu tahu sekiranya harga bergerak berlawanan dengan analisis yang kita kaji dan harga turun dibawah harga yang kita beli, kemungkinan analisis kita itu salah atau tidak tepat. Sebab itulah pentingnya ilmu pengetahuan teknikal analsis sebelum kita membeli.

.
Ini bagi mengelakkan kerugian yang kita tidak dapat jangka. Adalah sangat berisiko jika anda membeli sesuatu saham dan melakukan Averaging down. Jika harga terus turun dan turun, kerugian kita boleh menjadi besar dan kita tidak dapat jangka banyak mana harga itu akan jatuh. Dengan sedikit ilmu teknikal analisis, kita dapat meminimakan kerugian dan cuba memaksimakan keuntungan pelaburan saham kita.

2/ DISIPLIN DAN JANGAN TAKUT UNTUK CUT LOSS

Pelabur dan pedagang mesti mempunyai planning atau trading plan. Kita perlu tahu waktu bila kita perlu beli dan waktu bila kita perlu jual. Berapa target profit yang perlu kita capai berdasarkan analisa yang kita dah buat dan adakah betul analisa yang kita buat dengan melihat pergerakan semasa harga saham tersebut.

.
Kebanyakan pelabur baru mengharapkan harga saham yang jatuh akan naik semula tanpa melihat teknikal pergerakan atau momentum saham yang dibeli. Ye betul memang ada saham yang hanya membuat correction kecil dan rebound semula malah melebihi lagi dari paras resistant saham tersebut. Tetapi anggapan seperti ini sememangnya salah didalam dunia perdagangan saham mahupun pelaburan.

.
Kita perlu mendisiplinkan diri kita dan jangan takut untuk cut loss sekiranya harga saham tersebut jatuh melebihi paras support kita. Kita tidak tahu kemana harga saham tersebut akan pergi dan berkemungkinan akan jatuh menjunam kebawah. Dengan tindakan cut loss ini kita dapat meminimakan kerugian dalam trading kita.

.
Benda macam ni selalu terjadi adalah disebabkan oleh emosi dan ego kita sendiri, sehingga peraturan dan level stop loss juga kita abaikan. Dan akhirnya menyebabkan modal kita HANGUS. Lebih parah lagi jika guna limit. Dah la rugi, berhutang pulak dengan broker.

3/ BERMULA DENGAN KECIL “START SMALL”

Modal juga salah satu perkara yang paling penting kita kena jaga. Ramai pelabur baru tidak jaga modal pelaburan mereka atau dalam bahasa sahamnya “pengurusan wang”. Inilah perkara yang paling penting untuk semua pelabur dan pedagang. Berapa banyak lot yang perlu kita beli berdasarkan modal pelaburan kita? Adakah 10 peratus dari modal kita atau 20 peratus dari modal kita? Atau 50 peratus hingga 80 peratus dari modal?

.
Jika anda baru sahaja memasuki dunia pelaburan saham, lebih elok jika memulakan modal yang kecil dahulu. Jangan terus fikir berjuta-juta, mulakan dengan kecil untuk mendapatkan rentak dahulu. Jika pertama kali memasuki pasaran saham, mulalah denga dana yang kecil dahulu mungkin 10 peratus atau 20 peratus dari modal anda. Jangan sesekali menambah posisi dalam saham anda kecuali jika anda sudah konsisten make profit dari jual beli anda.

. 
Konsep modal melabur ni senang je. Kalau modal rm1000 pun tak boleh nak dapat ROI yang baik, tak boleh buat duit. Kenapa nak tambah lagi modal pelaburan anda. Pengurusan wang akan membantu anda menjadi pelabur yang mampu mengawal emosi.

KEJAYAAN KECIL PENCETUS KEPADA KEJAYAAN BESAR “Small success leads to big success”

Ramai orang yang mahu terlibat dalam dunia pelaburan saham, tetapi tidak tahu cara yang betul dalam megawal risiko dan masih lagi tidak mengetahui cara yang terbaik untuk melindungi modal mereka.

.
Hal ini menyebabkan modal pelaburan mereka LEBUR dan sekaligus mengubah persepsi mereka terhadap dunia pelaburan saham. Memang kita boleh terus mencuba, tetapi jangan sampai kita membuang duit, masa, tenaga kita. Jika hal ini berterusan ia akan menganggu mental kita sendiri.

.
Oleh itu, belajar dan terus belajar. Dapatkan ilmu secukupnya terlebih dahulu kerana mungkin dengan ilmu pengetahuan yang kita ada boleh membawa kejayaan kecil kita kepada kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.