“BREAKOUT.! BREAKOUT.! BREAKOUT.!”
“Psstt… Geng BREAKOUT tu ape? Dari tadi jerit.”
.
Selalu dengar orang jerit BREAKOUT! BREAKOUT! tapi tak paham makna breakout tu. Jom baca perkongsian ni. StallionIV nak share sedikit tentang BREAKOUT.
Apa itu breakout?
Breakout adalah terma bagi pergerakan harga yang menembusi paras resistance atau paras siling sesuatu harga saham dan mencipta harga tertinggi yang baru.
Paras resistance yang dimaksudkan di sini adalah harga tertinggi sebelum ini atau kawasan harga jatuh setiap kali hit.
Bagaimana terjadinya BREAKOUT?
Secara teori, terjadinya BREAKOUT adalah disebabkan lonjakan volume transaksi pembelian. Di mana harga di buka rendah dan di tutup tinggi pada hari yang sama.
.
Terdapat beberapa jenis breakout yang boleh kita lihat dalam chart.
1) Breakout paras resistance
2) Breakout chart pattern
3) Breakout downtrend line



Boleh ke beli bila BREAKOUT??
.
Boleh tapi stop loss perlu ikut rapat. Kita takkan tahu apa yang akan terjadi selepas Breakout, sama ada meneruskan kenaikan atau false breakout. Sebab itu perlu set stop loss.
INGAT! Dalam pelaburan dan berdagang, misi kita adalah jaga capital dan dapatkan ROI yang baik.