XIAOMI Baru Listed Di Pasaran Hong Kong, Bakal Menjadi The Next Ali Baba & Tencent

In Blog by stallionbro

9 Julai 2018 adalah tarik keramat utk XIAOMI kerana berjaya mengikut jejak langkah TENCENT dan ALIBABA masuk ke pasaran saham. XIAOMI listed di pasaran Hong Kong dengan harga HK$22 se-unit bersamaan USD$2.80 dan Rm11.40 se-unit.

.
Selain menjual handphone, XIAOMI adalah syarikat yang menawarkan internet services, apps builder, IoT dan lifestyle products. Kalau tengok business model, memang tak lari macam Apple. Owner XIAOMI memang idealistic dan mampu bersaing di peringkat Global.

.
Kalau korang semua nak tahu, XIAOMI adalah the fastest growing internet company in the world dan XIAOMI is ranked no 2 dalam list 50 syarikat terpandai dunia dalam MIT Technology Review. 2 tahun selepas penubuhan XIOAMI, Sales dah cecah USD $1 billion.

Untuk 2017, hasil jualan handphone dan IoT naik 100% tu dan ramai penganalisa menjangka XIAOMI bakal bertukar menjadi kuasa besar dunia dalam internet services dan IoT termasuk online games, cloud storage and cloud computing.

.
XIAOMI duduk ditangga keempat dalam penjualan handphone seluruh dunia dibelakang Apple, Samsung dan Huawei. Tapi kat India, XIAOMI memang famous dan menjadi pilihan no 1 utk pilihan smart-phone jauh meninggalkan brand lain.

.
Syarikat Technology China memang jarang mengecewakan sebagai contoh ALIBABA dan TENCENT yang telah memberi pulangan lebih 100% dlm masa 2 tahun. Untuk ALIBABA, 2014 baru USD80, 2018 dah mencapai USD187. Tengok gaya macam XIAOMI bakal mengikut jejak langkah ALIBABA dan TENCENT.

.
Kepada pelabur Global, jangan lupa untuk jenguk2 saham XIAOMI yang terletak di pasaran HONG KONG. Kat SAXO, CFD and OPTION pon dah ada. XIAOMI ni baru listed so kalau tgk TA memang tak nampak apa, kalau rajin kena baca dia punya prospectus.