Sebenarnya Berapa Modal Untuk Melabur Saham?

In Blog by stallionbro

“Stallion.. Saya nak tanya laa.. Sebenarnya BERAPA MODAL untuk melabur saham??

Saya nak belajar tapi saya nak kepastian dulu.”

.
Memang ramai yang bertanya kami soalan ni. Dan kebanyakkan nak jawapan yang jelas dan pasti.

Kami faham, sebab benda melibatkan duit memang kena jelas.

Terima kasih kepada yang bertanya sebab soalan korang ni ramai yang dapat belajar.

.
Jawapan untuk modal ini adalah agak subjektif sebenarnya sebab jawapan dia ada pada anda sendiri. Berapa banyak anda mahu dan dalam masa berapa lama.

.
Apa yang kita mahu, mestilah LOGIK dan REALISTIK. Tolonglah… berpijak di Bumi yang nyata. Mindset kena perbetulkan.

.
Tak salah kalau nak bermimpi, tapi biarlah mimpi dan impian kita tu mampu untuk dilaksanakan.

.
Contoh:

Anda rasa rm500 setiap bulan sudah cukup untuk cover duit minyak.

.
Solusinya,

A) Anda MESTI dapatkan 18% setiap bulan JIKA modal rm3,000

B) Anda MESTI dapatkan 12% sahaja setiap bulan JIKA modal rm5,000.

C) Anda MESTI dapatkan 7% sahaja setiap bulan Jika modal rm1,0000.

.
Nampak tak perbandingan R.O.I yang kita kena capai. Berbeza kan?

.
Dan tak mustahil untuk kita capai bila kita ada ilmu, teknik dan strategi yang betul.

.
Suka untuk kami kongsikan, sengaja kami Lebihkan 2% target sebab 2% ni adalah untuk cover brokerage fee.

.
Nak jadi pelabur, kena berkira. Sebab bila kita rugi, takde sape nak kesian dan tolong kita. Takde maknanya nak dapat diskaun brokerage fee sebab kita rugi.

.
Bagi kami, dengan 1,000usd anda sudah boleh memulakan penerokaan lautan dalam di Wall-Street tapi pergerakan terbatas sebab pilihan agak limited. Penambahan modal boleh dibuat sekiranya anda dah mula mahir dan lebih yakin.

.
NAK LEBIH SELAMAT?? Mulakan dengan demo akaun dulu untuk pasaran global dan Paper Trade untuk Bursa Malaysia.

.
Baru pandai bawa motor, takkan dah pergi race kot.. Slow-slow bader…

.
Untuk belajar lebih lagi ilmu melabur saham dengan betul dan selamat, kami sarankan anda hadir ke Seminar Melabur Saham Global di lokasi berhampiran anda.

.
Kami akan ajarkan kepada anda bagaimana anda boleh melabur sendiri dengan teknik dan strategi yang betul secara Percuma.

.
Iya, serius PERCUMA tapi TEMPAT TERHAD.

Layari www.stallionbrother.com untuk mendaftar.