Turkey Adalah Tempat Terbaik Untuk Kita Melancong Sekarang!

In Blog by stallionbro

Turkish Lira jatuh almost 50% dalam masa setahun berbanding dgn Ringgit dan secara tak langsung ia akan menguntungkan pelancong yg akan melawat Turkey pada bulan ini. Sebagai contoh, Ogos 2017, 1 Turkish Lira bersamaan dengan Rm1.20 dan pada Ogos 2018 1 Turkish Lira bersamaan Rm0.60.

.
Mata wang Turkey atau Turkish Lira jatuh mendadak selepas Donald Trump mengumumkan kenaikan tariff berganda utk Aluminium dan Besi. Keputusan kenaikan tariff ini adalah bersifat politik dan ini adalah antara cara utk Donald Trump menghantar isyarat tidak menyokong President Turkey Recep Tayyip Erdoğan.

.
Kejatuhan mata wang yg sgt dasyat ini akan mengakibatkan harga barang naik dengan mendadak dan akan membebankan rakyat. Keadaan ini akan mengganggu kestabilan politik di Turkey dan akan mengurangkan sokongan rakyat terhadap President Recep Tayyip Erdoğan.

.
Kes matawang Turkey ini adalah antara contoh peperangan alaf baru yg mampu melumpuhkan atau menjatuhkan kerajaan sesebuah negara. Dah tak payah pakai bom atau askar utk perang dizaman sekarang ni, sengangan ke atas matawang dan pasaran saham dah mampu utk menjatuhkan kerajaan.

.
Kejatuhan mata wang boleh melumpuhkan ekonomi sesebuah negara dan akan meletakkan negara tersebut didalam krisis sekiranya tidak ditangani dgn baik. Sebagai contoh, Asian Financial Crisis pada tahun 1997 yg telah melumpuhkan ekonomi negara-negara Asean seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Philippine.

.
Harap anda belajar sesuatu dari posting kali ni dan jgn lupa share kat kwn2 lain k.