Senarai Pasaran Saham Terbesar Di Dunia

In Blog by stallionbro

1. United States
Pasaran yg terkenal dengan nama Wall-Street ini adalah pasaran saham terbesar di dunia dan menjadi nadi atau hub utk dunia saham. NYSE dan NASDAQ adalah pasaran utama di U.S dengan lebih 13,000 saham yg berjumlah US$26 trillion. Antara syarikat terbesar adalah Apple, Amazon dan Google.

2. China
Antara kuasa besar yg baru meningkat naik dengan dua pasaran saham yg dikenali dgn Shanghai Stock Exchange dan Shenzen Stock Exchange. Terdapat lebih 3,000 syarikat di China dengan nilai keseluruhan berjumlah US$6.3 trillion. Ind & Comm Bank of China dan Kweichow Moutai adalah antara saham terbesar di pasaran China.

3. United Kingdom
Pasaran saham terawal di dunia yg ditubuhkan pada 1801. London Stock Exchange (LSE) adalah financial hub utk keseluruhan pasaran di Europe. Terdapat 2,800 syarikat yg listed di LSE dengan nilai keseluruhan berjumlah US$6 trillion. Shell, HSBC dan Uniliver adalah antara syarikat terbesar di LSE.

4. Japan
Japan Stock Exchange (JSE) adalah pasaran saham terawal di Asia dan adalah rumah kepada syarikat permotoran dan electronic dunia. Terdapan lebih 4,000 syarikat yg listed under di JSE dengan nilai keseluruhan berjumlah US$4 trillion. Toyota, Softbank dan Sony adalah syarikat gergasi yg ada di pasaran Japan.

5. Hong Kong
Financial hub kedua terbesar di dunia selepas New York adalah antara hub terpenting utk pasaran saham Asia Pacific. Hong Kong Stock Exchange (HKSE) adalah rumah kepada lebih 2,000 saham dengan nilai sekeluruhan berjumlah US3.2 trillion. Tencent dan PetroChina adalah saham terbesar yg listed di HKSE.

Kalau korang nak tahu, saiz pasaran Malaysia atau Bursa Malaysia adalah US$400b. Nampak tak perbezaan saiz antara pasaran saham Global yang lain dengan Bursa Malaysia.

.
Sebagai pelabur Global ini adalah antara info penting yang anda kena tahu. Harap anda belajar sesuatu dari posting kali ni. Join closed group kitorang untuk dapatkan update market, sharing video pembelajaran saham, KUASAI PASARAN GLOBAL – JANA PENDAPATAN DALAM USD (Klik Untuk Join).