Empat(4) Kesilapan Yang Pelabur Baru(Newbie) Perlu Elak

In Blog by stallionbro

Ramai orang cakap jangan takut salah, jangan takut gagal sebelum mencuba. Mesti berani mengambil risiko kerana kejayaan adalah milik mereka yang berani mencuba.

Ada yang cakap dalam bahasa orang putih “there is no such thing as failure, is just learning” yang bermaksud jika berlaku kegagalan bukan la bererti ia gagal, ia adalah satu pengalaman atau pembelajaran untuk diri kita.

Perkataan “Trading” dalam dunia saham bermaksud Perdagangan Saham , “Investment” bermasksud Pelaburan dan “Stock” atau “Equity” bermaksud saham.

Ye betol, tidak ada salah dalam ungkapan di atas tapi, boleh tak kita bayangkan jika kesilapan atau kesalahan yang kita buat ini ialah dalam perdagangan saham atau pelaburan? Bukan sahaja kita belajar dari kesilapan tapi dengan modal-modal kita sekali hanyut.

Jika anda pernah dengar ayat ini dari orang yang terkenal dalam bidang saham dan pelaburan “Risk comes from not knowing what you’re doing”. Apa yang dimaksudkan beliau ialah semakin banyak ilmu pengetahuan anda tentang trading atau investment, semakin sedikit atau kecil risiko yang kita akan hadapi.

Jadi sebelum anda menceburi dunia pelaburan saham, lebih baik anda mendapatkan ilmu dan pengetahuan tentang saham terlebih dahulu. Untuk apa kita perlu belajar dulu tentang saham ni? Sudah tentu lah bagi mengelakkan diri kita dari kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh trader-trader yang ada. Supaya kita terhindar dari kesalahan-kesalahan tersebut.

Jadi, untuk anda yang baru nak menceburi bidang perdagangan saham ni, apakah yang anda perlu tahu untuk mengelakkan diri dari rugi yang melampau? Apakah cara-cara untuk meminimakan risiko pelaburan anda?.

Stallion nak kongsikan sedikit 4 kesalahan yang biasa dilakukan oleh para-para trader yang kita boleh elakkan.

1/ INGIN UNTUNG BESAR DALAM TEMPOH WAKTU YANG SINGKAT

.
Kesalahan ini la yang sering dlakukan oleh trader-trader terutamanya trader yang baru. Kebanyakanya pelabur-pelabur nak mencapai keuntungan besar yang luar biasa dalam waktu yang singkat. Betol, tak mustahil pun untuk kita mendapatkan keuntungan yang besar dalam masa yang singkat. Tetapi, sudah tentu ia tidak dapat dicapai dengan mudah dan ia memerlukan pengetahuan yang mendalam tentang analisis pergerakan harga saham dan juga ilmu teknikal analisis.

.
Tidak kira lah sama ada anda mempunyai ilmu teknikal yang mendalam atau tak, jika anda menceburi bidang pelaburan saham dengan mindset untuk untung besar dalam masa yang singkat, bererti tindakan anda ialah salah. Ubah minda anda. Dari kita memberi tumpuan untuk untung besar dalam masa yang singkat, lebih baik kita setkan minda kita, tumpuan kita kepada sesuatu yang lebih realistic dan rasional. Begitulah bagaimana kami mendapat pulangan yang konsisten dalam perdagangan saham dan pelaburan kami. Perdagangan saham ini tidak perlu terburu-buru, ia memerlukan kita untuk sentiasa bertenang, santai dan yang paling penting untuk kita terus belajar dan belajar.

2/ PEGANG SAHAM WALAUPUN LEBIH DARI PARAS STOP LOSS DENGAN HARAPAN HARGA SAHAM AKAN NAIK

.
Ini kesilapan yang biasa dilakukan oleh trader-trader baru. Dari trader tukar ke investor. Macam mana boleh jadi macam ni? Bagi trader yang dah lama mesti pernah melalui perkara-perkara macam ni. Bila kita dah tekan buton “buy” harga saham semakin menurun dan menuran. Ada juga harga yang dah melepasi tahap stop loss dan berubah trend ke arah downtrend tetapi masih lagi hold dengan andaian yang saham tersebut bakal naik semula.

.
Mungkin pada awalnya niat anda membeli saham tersebut adalah untuk trading, bukan investing. Tetapi selepas kejatuhan harga saham tersebut anda masih memegang saham itu dengan membuat andaian harga saham itu akan naik semula. Ini dipanggil “Sudden Investor” yang mana tiba-tiba bertukar jadi pelabur.

.
Sudah tentulah andaian yang diandaikan oleh kita itu tidak betul, sebab apa ye tidak betul? Cuba kita tengok satu contoh saham di bursa seperti MYEG. Satu masa dulu harganya pernah mencecah sehingga RM5.00 untuk satu lot tapi ia jatuh dan jatuh sehingga RM0.90 satu lot pada tahun ini.
Kita boleh menjangka penurunan harga dan pergerakan saham jika menggunakan teknikal analisis malah kita juga boleh mengesan “reversal of a trend” iaitu pembalikan aliran saham tersebut.

3/ SUKAKAN TIPS DAN BUY CALL

.
Kita ni semua nak benda nak ikut jalan mudah. Nak beli ape? Boleh Naik ke? Lepastu sebarkan..share sana sini..

“kawan aku ada bagi nama saham ni, dia kata boleh naik ni”. Ini lah kesilapan yang selalu dilakukan oleh hamper kesemua trader-trader baru.

Memang benar ada cadangan yang diberikan oleh kawan itu betul. Mungkin juga ada di antara mereka sudah pun mempunyai pengalaman dan lebih pandai membaca pergerakan harga dan mempunyai ilmu teknikal anlisis.

.
Tapi itu kawan anda. Dia dah ada exit plan dia sendiri. Anda ada exit plan sendiri? Orang dah jual selamatkan diri, awak ada lagi kat dalam tu.
.
Sebab itu pentingnya untuk kita mahir dahulu tentang perdagangan saham. Pastikan sebelum kita memulakan sebarang pembelian saham, kita menganalisis dahulu bagi meminimakan risiko perdagangan saham kita.

4/ BILA BELI SAHAM HARGA TURUN, BILA JUAL HARGA NAIK

.
Okay, ni kesalahan yang paling ramai trader-trader selalu lakukan baik trader baru mahu pun trader yang sudah lama berkecimpung dalam dunia saham ini iaitu lepas beli je satu jenis saham tu terus harga turun, bila jual je harga naik balik.
Hal ini memang sering dialami oleh kesemua trader. Masa beli saham tersebut harga jatuh sehingga ke support line dan kita akan terus cut loss. Tetapi, selepas je kita cut loss harga naik semula malah ada juga yang naik melebihi tahap resistant dan breakout.

.

Ini sebenarnya adalah kerana diri anda yang kurang bernasib baik. Kesalahanya ialah entry price anda tidak begitu tepat. Anda membeli saham tersebut semasa ia sedang membuat “retracement” atau ayat biasa trader guna “correction”. Dalam bahasa kita bermaksud harga saham itu sedang turun untuk sementara sahaja dan membuat pembetulan harga. Bila harganya dah terkena support line, pasti anda akan menjualnya kerana panik.

Apa yang anda perlu lakukan agar kesalahan yang sama tidak berulang?

Sebelum membeli saham ialah kita perlu mengetahui mengapa kita beli saham tersebut. Apakah sebab kita membeli saham tersebut, pada harga berapakah harga saham itu kita patut beli. Berapa entry price dan target harga saham tersebut akan dicapai dan perlu tahu level support dan stop loss jika harga saham itu menurun. Boleh dijangka jika kita menggunakan ilmu teknikal analisis. Sekurang-kurangnya kita dapat menjangka sama ada saham itu betul-betul akan jatuh atau membuat correction sahaja.

Ini lah dia 4 kesalahan umum yang dilakukan oleh trader-trader kebiasaanya. Kami berharap anda dah tahu kesalahan-kesalahan biasa ni, anda dapat la mengelakkan diri dari masalah ini baik yang masih baru mahupun yang dah berpengalaman.