Saham Public Bank Mencapai All Time High Level

In Blog by stallionbro

Semalam saham Public Bank telah tutup pada paras tertinggi dalam sejarah melebih paras Rm25 se-unit dengan saiz keseluruhan syarikat berjumlah Rm100 billion. Public Bank ni adalah bank yg kedua terbesar di Malaysia selepas Maybank.

.
Kenaikan Public Bank adalah disebabkan oleh prestasi yg mantap utk tahun 2018. Walaupun keadaan agak bergelora selepas pilihan raya. Saham Bank besar yg lain seperti Maybank dan Cimb merudum selepas pilihan raya.

.
Kalau korang nak tahu Public Bank adalah bank Home grown dari Malaysia yg ditubuhkan pada tahun 1966 oleh Tan Sri Teh Hong Piow. Kini, Public Bank adalah antara bank terbesar dalam Asia tenggara dengan nilai asset sebanyak Rm360 billion.

.
Pelabur asing mmg cukup suka dengan saham Public Bank kerana setiap tahun pasti melepasi paras KPI yg ditetapkan. Selain itu, Tan Sri Teh juga adalah orang yg masih bekerja walaupon umur telah mencapai 88 tahun.

.
Kalau korang nak tahu, Tan Sri Teh ni dulu kerja kerani Bank je di OCBC dan lepas 16 tahun bekerja terus buka Bank sendiri dengan 18,000 pekerja. Antara Jerung yg ada dlm Public Bank adalah EPF, KWAP, StateStreet, Black Rock dan Vanguard.

.
Harap anda belajar sesuatu dari posting kali ni. Siapa nak belajar saham dengan Bank Pelaburan secara percuma di Lembah Klang sila reply PUBLIC.

.
Sila like page Stallion Brothers untuk update terkini tentang dunia saham.