SST Bakal Dilaksanakan. Tapi Apakah Implikasi Dan Peluang Yang Ada?

In Blog by stallionbro

Setelah 3 bulan kita menikmati ‘tax holiday’ selepas pembubaran GST, kita akan jumpa pula lepas ni SST yg akan diperkenalkan pada 1 September 2018. Dalam konteks pengguna, SST adalah lebih menguntungkan dari GST.

.
Hasil kutipan SST adalah separuh dari kutipan GST dengan perbezaan lebih kurang Rm20 billion akan dipulangkan kepada rakyat. Ini bermaksud, rakyat Malaysia akan menikmati penjimatan sebanyak Rm20 billion dengan SST.

.
Barangan kegunaan harian dan harga rumah dijangka akan terus turun disebabkan oleh kos jualan yg rendah kerana ketiadaan GST. Keadaan ini akan meningkatkan ‘disposable income’ atau duit lebihan yg akan memacu activity perniagaan.

.
Dalam Bursa Malaysia, harga saham utk barangan pengguna naik mendadak seolah-olah seperti bersorak selepas pemansuhan GST. Sebagai contoh saham NESTLE, F&N, PADINI, QL, AEON dan PARKSON semua telah naik dengan jayanya.

.
Dengan duit lebihan sebanyak Rm20 billion sudah pasti byk perniagaan akan terus membangun dan anda tidak boleh lepaskan peluang utk menunggang arus kenaikan ini. Focus harus diberikan kepada ‘consumer goods’ atau barangan pengguna.

.
Kalau korang nak tahu, pasaran saham adalah salah satu saluran yg kita boleh guna utk menunggang arus kenaikan syarikat pengguna. Ada lebih dari 100 saham pengguna korang boleh jumpa dalam pasaran Bursa Malaysia.

.
Harap anda belajar sesuatu dari posting kali ni. Reply ‘SST’ dan share kalau korang nak belajar saham dengan Bank Pelaburan secara percuma di Lembah Klang.

.
Jangan lupa like page Stallion Brothers kalau nak tahu tentang pelaburan global dan bursa.