Pelaburan Mesti Perlukan Modal & Masa

In Blog by stallionbro

PELABURAN ADALAH UNTUK JANGKA MASA PANJANG.

Berdagang Pula Untuk Jangka Masa Pendek Atau Sederhana.

Kita selalu tengok harga saham naik turun setiap minit. Itu yang kadang-kala buat orang takut nak terokai dunia pelaburan dan salah faham bahawa saham hanya sesuai untuk pelaburan jangka masa pendek. Sedangkan pembelian saham boleh dijadikan pelaburan seumur hidup.

Kami tak nafikan pasaran saham adalah sebuah dunia yang penuh dengan warna-warni. Orang kata, dunia tanpa peraturan atau pengecualian. Apa saja boleh berlaku. Tetapi ada prinsip-prinsip dalam pelaburan yang tidak berubah, walaupun pasaran turun naik.

.
Prinsip ini yang kita perlu tahu kalau kita nak jadikan pelaburan saham sebagai pelaburan jangka masa panjang.

Apabila membeli saham terutama untuk pelaburan jangka masa panjang, kita perlu buka minda dan luaskan pemandangan. Lihat lima atau 10 tahun ke depan. Usah dilihat pergerakan harian saham itu yang sentiasa naik turun, ia tidak menggambarkan pencapaian jangka masa panjang.

Macam mana nak pilih saham untuk pelaburan jangka masa panjang? Kunci utama adalah memilih syarikat dengan model perniagaan yang telah terbukti berkesan, mempunyai rekod baik dan pasukan pengurusan yang cemerlang. Kita juga kena lihat peluang baru seperti perkembangan teknologi atau perubahan trend pengguna yang mungkin menjadi pemangkin kepada perniagaan syarikat itu, sekali gus menaikkan harga sahamnya.

Contohnya cuba tengok Intel, pengeluar semikonduktor terbesar di dunia dan pembekal mikrocip yang digunakan dalam alat elektronik seperti komputer dan telefon pintar. Kita boleh katakan saham Intel sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang kerana produknya akan terus relevan selagi orang ramai guna barangan elektronik.

Intel memberikan pulangan tahunan sebanyak 8 hingga 10 peratus kepada pemegang saham dan membayar dividen kepada pelabur setiap tahun sejak puluhan tahun lalu.

Kalau anda nak fokus pada pelaburan jangka sederhana antara lima dan 10 tahun, anda boleh melabur dalam saham syarikat teknologi dan media sosial seperti Facebook.

Sehingga kini, tak ada lagi akaun media sosial yang sepopular Facebook. Dan dengan lebih 1.8 bilion pengguna serta berbilion data yang disimpan.

Facebook adalah syarikat pengiklanan paling berkesan di dunia yang mampu menawarkan khidmat iklan mengikut kecenderungan setiap pengguna. Kita boleh ramalkan Facebook akan bertahan lama sebagai syarikat yang menguntungkan.

Semua saham yang kami sebut ini adalah saham di luar negara sebab kita boleh melabur di mana-mana sahaja. ‘Kecantikan’ dunia globalisasi dan teknologi moden hari ini membolehkan kita berurusan dengan dunia luar secara mudah. Shopping pun sekarang terus saja beli online dari kedai di London, tak main dah pergi Sogo.

Sama juga macam pelaburan, kita sekarang ada akses kepada saham-saham luar negara. Senjata kita hanyalah telefon pintar atau komputer serta internet.

Amacam? Senangkan?

.
Jika anda SERIUS mahu belajar lebih lagi, nakkan info2 terbaru, bolehlah hadirkan diri anda ke Seminar Melabur saham Global. Ianya Percuma!!