Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia!

In Blog by stallionbro

TAPI DIMANAKAH KITA??

Ayat tersebut dipetik daripada Laksamana Agung di Nusantara iaitu Laksamana Hang Tuah. Tapi dalam dunia sekarang ni masih relevant ke? Itu adalah persoalan yang paling penting utk korang semua yang masih berpegang kepada ayat tu.

.
Kemegahan sebuah bangsa boleh diukur dengan jumlah kekayaan dan pengaruh yang dimiliki. Dalam konteks kekayaan, bangsa Melayu sudah tercicir jauh kalau nak dibandingkan dengan bangsa lain. Ada beberapa statistik yang boleh kita tengok.

.
Salah satu petunjuk yang mudah adalah kalau dilihat dari segi syarikat yang listed di pasaran Bursa Malaysia. Dalam Index KLCI yang mengumpulkan 30 syarikat terbesar di Malaysia, hanya terdapat satu nama orang Melayu sebagai pemegang saham terbesar.

.
Kalau korang nak tahu, hanya Tan Sri Azman Hashim sahaja yang masih ada pegangan saham yang lebih dari 5% dalam kelompok 30 syarikat terbesar di Bursa Malaysia. Mengikut laporan terbaru, Tan Sri Azman memegang sebanyak 13% dalam syarikat Am Bank.

.
Dalam kelompok 30 saham terbesar di Bursa Malaysia, pengaruh bangsa Cina dan India adalah jauh lebih besar sekiranya kita ketepikan syarikat Syarikat Hubung kait Kerajaan atau GLC. Antara syarikat yang didominasi oleh non- bumi adalah Genting, Public Bank, Hong Leong, Maxis, Astro, IOI Corp dan PPB.

.
Dah 61 tahun Merdeka, mana pergi bangsa Melayu? Laungan “Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia” hanya tinggal laungan kosong sahaja sekiranya tiada usaha yang dilakukan untuk majukan bangsa Melayu. Kalau tak ada GLC yang membantu menggaji orang Melayu, mmg lagi parah lah bangsa kita.

.
Janganlah kita harapkan bantuan kerajaan untuk berjaya kerana bangsa lain tidak memerlukan pertolongan kerajaan utk berjaya. Mereka tiada TERAJU atau MARA tetapi dalam konteks kekayaan dan pengaruh, kedudukan bangsa bukan bumi-putera adalah lebih baik.

.
Harap posting ni dapat membakar semangat anda untuk menjadi ‘Melayu Baru’ yang lebih berdaya saing.