Risiko Dalam Pelaburan Saham. Kenali & Fahami.

In Blog by stallionbro

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Harap semua likers & followers Stallion Brothers sihat semuanya.

Stallion nak tanya la, korang ni faham tak risiko pelaburan yang korang ambil. Tak kisah la saham ke hartanah ke emasa ke, apa-apa sahaja. Korang tahu tak, tersangatlah penting penting kita tahu risiko pelaburan yang kita buat.

Sebelum melabur dalam apa-apa pelaburan, kita perlu kenali dan fahami dahulu apakah risiko yang bakal kita hadapi.

Bila kita dah kenal dan faham, maka kita akan lebih bersedia dan emosi lebih kental.

.
Jika kita tidak fahami apakah risiko yang bakal kita hadapi, maka mental kita akan cepat koyak..

Lebih-lebih lagi risiko kerugian. Bila rugi ramai koyak.. Sebab ramai yang tak bersedia untuk rugi.. Mindset mereka masuk pasaran hanya fikir untung..cepat kaya..jutawan..hartawan..

.
Memang betul boleh buat duit, tapi perlu step by step.. Merangkak dulu, lepastu berjalan, kemudian baru berlari..

.
Risiko lain yang perlu kita ambil tahu adalah risiko kelajuan pasaran.. Dalam pasaran ini ada banyak jenis pelaburan dengan kelajuan yang berbeza..

Kelajuan yang stallion maksudkan adalah kecepatan mendapatkan profit yang diiringi dengan risiko.

.
Contoh mudah untuk faham jenis pelaburan dan risiko yang ada.

Pilihan A
-(ASB, KWSP, TABUNG HAJI, UNIT TRUST)
-Tempoh masa yang diperlukan untuk mendapat pulangan :: lebih daripada setahun >1.
-Risiko yang rendah.
-Tidak perlu ilmu & pengetahuan pasaran saham
-Perlu tahu ilmu kewangan

.

Pilihan B
-(SAHAM, ETF, KOMODITI, FOREX)
-Tempoh masa yang diperlukan untuk mendapat pulangan :: tiada tetapan. Ikut suka pelabur atau pedagang.
-Risiko sederhana & risiko tinggi.
-Perlukan ilmu & pengetahuan pasaran saham
-Perlu tahu ilmu kewangan

.
Perbezaan lain bagi adalah pilihan A, kita tidak boleh tentukan apa yang kita mahu beli dan berapa pulangan yang kita mahukan. Manakala pilihan B kita boleh tentukan apa yang kita mahu beli dan berapa pulangan yang kita mahukan.

.
Semuanya ada di depan mata kita. Kita berani untuk ambil risiko yang mana. Sama ada kita nak jadi pemandu kereta biasa atau seorang pelumba kereta.

Pemandu kereta biasa akan memandu mengikut had laju.. Risiko kemalangan tetap ada cuma rendah.. Jika melebihi had laju, mampu mengundang padah. (seumpama jika tidak jaga kewangan, personal loan melebihi kemampuan akan menjerat diri)

Pelumba kereta pula memandu dengan laju ditempat yang betul.. Mereka tahu kemampuan jentera mereka dan risiko kemalangan yang bakal dihadapi. Kerana mereka well trained.. (seumpama kajian mereka tidak menjadi, dan terpaksa cut loss)

.
Kedua-duanya mempunyai misi yang sama, mahu sampai ke destinasi atau garisan penamat (iaitu PULANGAN).

.
Kami harap anda faham apa yang kami mahu sampaikan. Adalah lebih baik jika melakukan sesuatu tu kita ada ilmu. Bila kita ada ilmu, kita akan fokus dan tahu apa kita lakukan.

Tepuk dada, tanya selera.