Jom belajar Ape Tu DOJI..!
Candlestick Pattern DOJI adalah bentuk candlestick yang sangat membantu, di mana ia menunjukkan keraguan antara pembeli dan penjual.
Bentuk DOJI selalunya kita jumpa di bahagian bawah atau di bahagian atas trend. Kebiasaanya jika DOJI terbentuk, para pelabur dan pedagang akan berhati-hati kerana berkemungkinan pergerakan harga bertukar arah.
Maksudnya ketika harga bergerak uptrend, dan DOJI terbentuk, maka harga boleh berubah menjadi downtrend.
Manakala ketika harga bergerak downtrend, dan DOJI terbentuk, maka harga boleh berubah menjadi uptrend.
Ada kemungkinan juga, bila DOJI terbentuk, harga akan terus bergerak uptrend jika pergerakan harga uptrend DAN downtrend jika pergerakan semasa adalah downtrend.
DOJI terbentuk apabila OPEN PRICE dan CLOSE PRICE adalah sama. Di mana kenaikan dan penurunan harga berlaku, tetapi tetap ditutup pada harga sama. Kita boleh juga klasifikasikan DOJI sebagai ketidaktentuan emosi pelabur.
Kebiaannya para pelabur dan pedagang yang mempunyai position dalam sesuatu saham yang uptrend, akan selamatkan capital mereka sama ada jual semua position mereka atau jual separuh dahulu bila DOJI terbentuk.
Begitu juga ketika saham sedang downtrend, para pelabur dan pedagang akan perhatikan dahulu pergerakan harga pada keesokkan harinya. Jika reverse kepada uptrend, baru mereka entry.



PERSOALANNYA, KENAPA TAK TERUS JUAL SEMUA?? KENAPA TAK TERUS BUY?? KENAPA KENA TUNGGU ESOK??
.
Jawapannya sebab DOJI adalah pembetukan candle yang disebabkan ketidaktentuan atau keraguan para pelabur. So, perlu kita ingat yang pelabur tersebut juga manusia macam kita. Keputusan mereka juga berubah-ubah.
Jadi jika kita terus beli ketika downtrend, kemungkinan harga boleh teruskan kejatuhan.
Jika harga uptrend dan kita memang sudah ada dalam position yang untung, bagi kami itu tidak ada masalah sebab anda masih sempat jual pada keesokannya jika berlaku kejatuhan harga.
Tetapi jika anda baru nak entry, kami sarankan tunggu dulu. Lihat pergerakan harga pada hari seterusnya. Takut tersangkut di puncak yang tak berapa bahagia.
INGAT.! bahawa DOJI bukan signal reversal trend. Tetapi signal ketidaktentuan emosi pelabur dan pedagang. Petanda kita perlu berhati-hati.
Kami harap anda faham apa yang kami cuba sampaikan tentang DOJI kali ini dan semoga bermanfaat untuk anda semua.
P/S: SHARE dan TAG rakan-rakan dan keluarga untuk manfaat bersama.