TERDAPAT 3 JENIS PELABUR. ANDA YANG MANA?

In Blog by stallionbro

Pasaran saham adalah salah satu tempat utk mengembangkan hasil pendapatan kita. Tetapi ‘risk appetite’ atau kesanggupan utk mengambil risiko adalah berbeza utk setiap pelabur. Konsep mudanya, high risk high return, low risk low return.

Ini bermakna, org yg sanggup mengambil risiko yg besar akan memperoleh keuntungan yg besar dan sebaliknya. So, ada baiknya sebelum bersembang utk jadi jutawan saham, lebih baik kita kira dulu berapa kita sanggup rugi dalam saham.

Ok kalau dah faham konsep keuntungan dalam saham, jom kita tgk jenis-jenis pelabur yg ada dalam pasaran saham. Perbezaan utama adalah dari segi ‘investment horizon’ atau tempoh pelaburan dan teknik yg digunakan. Sila pilih yg mana satu sesuai dgn anda.

1. SCALPING TRADING

Scalping adalah satu teknik dimana anda akan menuai hasil pelaburan dalam satu hari. Scalping menggunakan 100% Technical Analysis yg membolehkan anda membeli dan menjual dalam masa beberapa jam sahaja. Tetapi risiko tersangatlah tinggi.

2. SWING TRADING

Swing adalah satu teknik dimana anda akan menuai hasil pelaburan dalam masa beberapa minggu. Pelabur mengambil peluang ke atas pergerakan harga yg besar utk membeli dan menjual. News-flow atau catalyst adalah penting utk swing trading.

3. LONG TERM TRADING

Long term trading adalah teknik paling selamat dengan pulangan yg sederhana. Kuasa utk memegang atau holding power akan mengurangkan risiko pelaburan. Utk long-term, Fundamental Analysis digunakan utk memilih saham.

Konsep saham ni sama mcm berniaga, kalau nk jadi jutawan modal kena lah besar dan kalau nk cepat risiko perniagaan adalah tinggi. Lagi satu, hati kena kental kalau nak main saham.