Apa Itu Fibonacci? Dan Bagaimana Ia Berfungsi?

In Blog by stallionbro

Fibonacci (Fibo) adalah nama seorang ahli matematik dari Itali yg menggunakan ilmu matematik utk mendapat nombor emas atau golden numbers. Sebagai contoh, Ratio nombor Fibonacci selari dengan hukum alam sebagai contoh pergerakan orbit dan kejadian manusia.

Kalau korang nak tahu, ratio Fibo adalah selari dgn ratio badan manusia sebagai contoh ratio kepala, tangan, jantung dan kaki. Sbb tu, ratio Fibonacci adalah sesuai diguna utk mengkaji psychology manusia tak kira dalam apa pun.

Dalam Technical Analysis pula Fibonacci banyak digunakan utk menentukan paras kejatuhan dan hala tuju harga saham. Boleh kata Fibo ni adalah satu indicator yg penting utk pelabur saham especially kepada short-term trader atau scalping.

Kiraan Fibonacci ni agak complicated tapi jgn risau sbb kebanyakan trading platform dah ada kiraan Fibonacci. Contohnya kita boleh jumpa Fibo Retracement, Fibo Arch, Fibo Fans dan Fibo Time Zone. Paling famous adalah Fibo Retracement.

Fibo selalunya akan digabungkan dgn candle-stick utk mencari paras support dan juga target. Level keramat atau golden ration utk Fibo adalah 0.618 atau 1.618. Kalau dalam saham, itu adalah level support yg paling kukuh dan potensi utk menukar arah.

Kalau harga saham jatuh melepasi paras Golden Ratio, itu menunjukkan potensi untuk kembali naik adalah tipis. Sebagai contoh, saham Sapura Energy yg telah jatuh melepasi paras Golden Ratio. Selepas itu, mmg ada je news yang negative yg menghalang utk Sapura.

Ini adalah salah satu contoh penggunaan Fibo dalam trading. Harap anda belajar sesuatu.