Saham Utusan Melayu Yang Dulunya Gah Mungkin Terkeluar Dari Bursa Malaysia

In Blog by stallionbro

UTUSAN MELAYU adalah salah satu syarikat yg tersenarai di pasaran Bursa Malaysia. Media cetak adalah hasil utama syarikat. Mula didagangkan di Bursa pada awal tahun 90an dan UMNO adalah pemegang saham terbesar dengan pegangan sebanyak 50%. UTUSAN dan KOSMO adalah akhbar utama dibawah UTUSAN MELAYU.

Kalau tgk sejarah, UTUSAN pernah menjadi akhbar No 1 negara dan saham UTUSAN dulu pernah mencapai Rm7.00 se-unit. Tapi sekarang, saham UTUSAN telah jatuh sampai Rm0.14 se-unit dan menghadapi risiko utk ditendang keluar dari Pasaran Bursa. Kejatuhan saham UTUSAN bermula selari dgn perkembangan digital media seawal 2003.

Apa telah jadi dengan UTUSAN MELAYU ??? Kalau korang nak tahu ada beberapa sebab utama kenapa saham UTUSAN jatuh tergolek. Pertama,adalah disebabkan oleh UTUSAN gagal menyesuaikan diri dalam persekitaran digital media dan lambat utk mengubah landscape perniagaan ke arah digital. Sama kes mcm syarikat tersohor KODAK.

Kedua, adalah disebabkan oleh landscape politik yg berubah. Sebagai media pro-UMNO, sudah semestinya UTUSAN tidak mendapat tempat di hati agensi-agensi kerajaan dan juga rakyat jelata yg sudah menolak agenda kerajaan sebelum ini. Secara tak langsung, hasil jualan yg kurang telah meletakkan UTUSAN dalam krisis keewangan.

Buat masa ini UTUSAN difahamkan telah gagal utk membayar hutang2 syarikat dengan beberapa Bank dan krisis ini mungkin akan sampai kemuncak apabila ia terkeluar dari Pasaran Bursa. Ini belum masuk beberapa saman yg masih pending ke atas UTUSAN. Ini lah apa org kata jatuh ditimpa tangga dihempap batu.

Moral of the story dalam cerita UTUSAN ni adalah dalam perniagaan kita seharusnya mengambil pendekatan yg NEUTRAL dalam isu-isu Politik dan mesti mengubah strategy perniagaan selari dengan landscape perubahan yg terkini. Cerita UTUSAN ni ada sikit sama dengan cerita kejatuhan syarikat foto terkenal di U.S iaitu KODAK.