Pelajari Pattern Candelstick Hammer Dan Penggunaannya .

In Blog by stallionbro

Nak Tahu Kenapa Terbaik Dan Power Macam Hammer Thor?? Jom Baca dan Belajar..

Candlestick Hammer terbentuk disebabkan pembeliaan atau demand yang tinggi terhadap sesuatu saham ketika penjualan sedang dilakukan sehigga penjualan atau supply hampir kehabisan pada waktu itu.

Pembetukan Hammer juga memberikan gambaran bahawa harga sudah berada di Bottom dan bersedia untuk naik dan melakukan reversal trend.

Pada waktu ini kita akan lihat ramai pelabur dan pedagang akan ambil peluang untuk entry dan membuat keuntungan ke atas kenaikan harga sesuatu saham.

Seperkara penting yang perlu anda ketahui, Sekiranya anda mahu gunakan signal HAMMER sebagai entry bagi position long, ia mestilah terbentuk ketika trend harga berada dalam keadaan Downtrend atau Retracement.

“BAGAIMANA CARA UNTUK KENALPASTI CANDLESTICK HAMMER? DAN BAGAIMANA TERBENTUK?”

Untuk kenalpasti candlestick hammer, ia berbentuk seperti hammer  Iaitu kepala yang kecil dan shadow atau ekor yang panjang. Kelihatan seperti kepala kapak dan pemegang.

Kronologi pembentukan Hammer boleh digambarkan seperti berikut:

9.00 pagi – Harga dibuka pada harga Rm1.00
12.30 tgh hari – Harga ditutup sementara pada harga Rm0.50
2.00 petang – Pasaran dibuka dan harga diniagakan Rm0.50
5.00 petang – Pasaran di tutup dengan harga saham rm1.10

ATAU

9.00 pagi – Harga dibuka pada harga Rm1.00
12.30 tgh hari – Harga ditutup sementara pada harga Rm0.50
2.00 petang – Pasaran dibuka dan harga diniagakan Rm0.50
5.00 petang – Pasaran di tutup dengan harga saham rm0.90

*Sila rujuk gambarajah untuk lebih jelas

Apa yang dapat kita analisis di sini, pembelian atau demand yang tinggi pada sebelah petang telah menyebabkan kejatuhan harga yang banyak pada sebelah pagi kembali meningkat sehingga menyebabkan harga membuat kenaikan positif atau kejatuhan yang minimum.

Sekaligus memberi gambaran penjualan atau supply sudah tamat atau sedikit. Pedagang terutamanya mula masuk kembali dan menunjukkan minat terhadap saham tersebut.

Disebabkan itu signal HAMMER dikatakan signal terbaik untuk ketahui emosi pelabur dan entry sesuatu saham.

Semoga anda belajar sesuatu daripada perkongsian kami kali ini. Cuba fahami dan praktikan dalam akaun demo anda. Belajar tanpa amalkan itu adalah sia-sia..

Sebarkan ilmu ini kepada rakan dan ahli keluarga anda agar sama-sama kita beroleh manfaatnya.