Beberapa hari lepas indeks utama di pasaran United States iaitu Dow Jones dan S&P 500 telah mencapai ke paras tertinggi dalam sejarah. Setakat 2018, jumlah kenaikan terkumpul utk 3 index utama di U.S adalah 33.5% dengan Nasdaq mencatatkan kenaikan tertinggi dengan 16%.
Kenapa semua Index di U.S naik mendadak tu? Saham apa yg menyumbang kepada kenaikan? Ok kalau cerita pasal saham apa yg naik mmg tersangatlah byk. Setakat 2018, saham pembuatan chip iaitu AMD adalah yg terbaik dengan kenaikan sebanyak 200%,
Saham Technology lain pon agak mengganas sebagai contoh NETFLIX naik 88%, AMAZON naik 63%, ADOBE 48%, NIKE 36% dan MICROSOFT 33%. Kebanyakan saham besar di U.S especially Technology stocks semua naik mcm roket lepas Donald Trump menjadi President.


Pasaran saham dunia yg lain pon ada yg naik juga tapi tak se-padu U.S lah. Sebagai contoh setakat 2018, pasaran saham Japan naik dlm 5%, pasaran France naik 3%, pasaran Australia naik 2%. On the negative side, kita ada pasaran UK yg jatuh -2.5%, pasaran Germany jatuh -4%, Korea -5%.
Malaysia mcm mana pulak? Prestasi saham di Bursa Malaysia kalau kita ikut KLCI adalah dlm 2% utk tahun 2018. Ada 14 saham yg mencatatkan kenaikan positive dan saham Nestle adalah yg terbaik dengan kenaikan sebanyak 42%. Saham Telekom Malaysia adalah paling teruk, jatuh -49%.


Nampak tak mcm mana perbezaan prestasi saham di U.S dari negara lain? Sbb tu kalau nak melabur duit anda dgn sendiri di pasaran saham, korang mesti lah tahu pasal saham Global utk imbangkan portfolio anda. Tak kesah lah utk short-term atau long-term.
Kalau tgk laporan dari KWSP pada tahun 2017, nilai asset pelaburan utk pasaran luar negara adalah USD180 billion. Kenapa KWSP melabur di luar negara? Sbb utama adalah pelaburan luar negara telah memberi pulangan yg lebih besar dan mengurangkan risiko pelaburan yg tertumpu pd satu tmpt shj.
Harap posting kali ni membuka mata anda tentang pasaran saham global.