BREXIT BREXIT BREXIT. APA YG ANDA PERLU TAHU MENGENAI UK MENINGGALKAN EU
BREXIT adalah nama singkatan utk UK meninggalkan pakatan European Union atau British-Exit. Pada 23 June 2016, rakyat negara-negara U.K iaitu England, Wales, Northern Ireland and Scotland telah keluar mengundi utk memilih menyokong atau menentang BREXIT. Dalam undian ini, rakyat England dan Wales memilih utk keluar.
Rakyat Northern Ireland dan Scotland pula memilih utk stay dalam EU. Masa undian tu berlangsung, ramai org tak percaya BREXIT akan berlaku, tapi hakikatnya 52% rakyat England dan Wales telah memilih utk keluar dari gabungan negara Eropah atau EU. Lepas tu, pasaran saham U.K naik terus naik mencanak dlm 20% dlm masa 1 tahun.
EU ni apa pulak?? EU ditubuhkan selepas perang dunia ke dua utk mengukuhkan hubungan antara negara. Ia adalah gabungan atau partnership antara 28 negara di Eropah dari segi ekonomi dan politik. Rakyat EU bebas utk berniaga, berkerja dan menetap tanpa permit atau passport dalam negara gabungan EU.
Antara sebab utama rakyat UK memilih utk keluar dari EU adalah atas faktor ekonomi, immigrant dan semangat nasionalisma. UK adalah antara negara yg memberi sumbangan terbesar kepada EU yg berjumlah €13 – €15 billion setahun. Dengan jumlah yg besar tu, rakyat UK merasakan EU tidak menjalankan fungsinya dgn sempurna.

Banyak negara dalam EU mengharapkan UK utk membantu mereka memberi peluang pekerjaan dan menjadi tempat hotspot utk immigrant. Benda2 ni membuatkan rakyat UK marah sbb dorang rasa tak adil. Lama dah dorang pendam benda ni. Mengikut draft asal, England dan Wales akan keluar dari EU pada 29 Mac 2019.
Apa yg akan terjadi masa BREXIT? Ini adalah soalan utama yg masih belum ada jawapan. Tapi org menjangkakan banyak syarikat multinational akan memindahkan ibu pejabat dari London ke Frankfurt dan mungkin akan memberi kesan negative pada ekonomi. Exit strategy masih dlm fasa perbincangan.
Semua org masih tertunggu tunggu pembentangan Exit strategy dari England dan tarikh utk finalize kan Exit strategy ni adalah hujung bulan ni. Kalau masih tergantung, tarikh akhir utk bentangkan adalah pada 21 Januari 2018. So, kepada pelabur, korang kena ingat tarikh2 ni sbb pergerakan besar mungkin akan berlaku.