Pulangan 215% Dari Syarikat Yang Buat PDF

In Blog by stallionbro

Resit online, tiket online semua guna file PDF. Buku-buku, artikel, journal semua dah banyak dalam PDF. Tapi adakah anda tahu syarikat apa yang menghasilkan produk PDF ni? Nama syarikat tersebut adalah ADOBE INC.

Adobe Inc ialah sebuah syarikat perisian komputer yang berpangkalan di San Jose, California, Amerika Syarikat yang diasaskan oleh John Warnock dan Charles Geschke pada Disember 1982.

Adobe merupakan salah satu nama yang tidak asing dalam arena kreatif. Ia digunakan ramai pengguna seluruh dunia untuk menyunting gambar, menyunting video, membuat animasi, membuat lakaran prototaip, dan sebagainya.

Anda mesti kenal dengan software Photoshop atau Illustrator. Haa..syarikat ini la yang membina software tersebut. Antara produk lain dihasilkan adalah Adobe Premier Pro, Adobe Flash, Adobe After Effects, Adobe InDesign, Adobe Dreamweaver dan Banyak lagi.

Tiada syarikat kreatif media dan pengiklanan dalam dunia ini yang tidak gunakan software Adobe untuk hasilkan design. Jadi demand syarikat ini adalah worldwide. Atau boleh stallion klasifikasikan sebagai MARKET LEADER.

Untuk pengetahuan anda, di US saham syarikat tidak dimiliki sepenuhnya oleh pengasas atau owner kepada syarikat. Saham syarikat mereka di miliki oleh institusi kewangan yang terbesar di dunia atau kami gelar mereka sebagai jerung global.

Baca sini : Siapa Jerung Di Pasaran Global

Seperti saham ADBE ini, pegangan besar saham syariakt ini dimiliki oleh jerung global seperti Vanguard, Blackrock dan State Street. Hal ini memberikan kita petunjuk bahawa syarikat ini memang mempunyai potensi untuk pelaburan jangkamasa panjang. Secara asasnya, jerung bukan melabur untuk jangkamasa pendek seperti kita yang suka keluar masuk banyak kali. Mereka melabur untuk jangkamasa panjang.

Jika kita lihat pada carta pergerakan harga saham Adobe pula, harga bergerak uptrend 45 darjah. Saham ini pernah melalui dua kali kitaran krisis ekonomi, 1998 dan 2008. TETAPI MASIH HIDUP. Inilah saham yang SIHAT mempunyai TREND yang bagus.

Pada 2017 : Harga 1 unit saham adalah sekitar $110 usd.
Pada 2020 : Harga 1 unit saham adalah sekitar $379 usd.

TAHUN 2020 MENCECAH $379USD! TAHU KIRA TAK BERAPA PULANGAN (ROI) DARIPADA SAHAM ADOBE JE DALAM MASA 3 TAHUN??

Sekiranya anda membeli 1 unit saham ADBE pada tahun 2017, anda sudah memperoleh keuntungan sebanyak 259usd (RM1036) bersama R.O.I 215% pada tahun ini. Pulangan yang baik untuk kita sebagai pelaburan jangkamasa panjang.

Anda nak jugak tak PULANGAN (ROI) macam ni.?

Adakah anda juga NEWBIE? Yang TAK TAHU LANGSUNG PASAL PELABURAN SAHAM? Apa kata anda daftar & hadir ke Seminar Kuasai Pasaran Global. Kami akan ajar step by step secara teori & praktikal dalam kelas 1 hari cara bagaimana tambah baik kewangan dan pelaburan anda dalam pelaburan saham PATUH SYARIAH di Bursa Malaysia & Global.

Sekiranya ANDA SERIUS mahu ubah kewangan dan jana pendapatan melalui pelaburan saham di Bursa Malaysia dan Global, pastikan anda daftar dan hadir.

Untuk mendaftar, komen ‘NAK DAFTAR’ untuk kami bantu berikan link pendafataran.

ATAU Klik link ini :: DAFTAR SKPG

ATAU hubungi terus team kami untuk daftar, Klik link ini :: TEAM DAFTAR SKPG

BONUS ! Khas buat mereka yang hadir, kami akan berikan video pembelajaran saham step by stepyang bernilai RM997 secara percuma. Segera daftar sebelum SOLD OUT. Tempat Adalah Terhad. Daftar sekarang. Jumpa anda di lokasi seminar nanti.