APA CERITA TABUNG HAJI? JOM BACA KISAH NYA DAN TENGOK SAHAM TERBESAR YANG DIPEGANG OLEH TABUNG HAJI.
Sebelum kita pergi ke saham yg dipegang oleh Tabung Haji (TH) , Stallion nak cerita dulu apa fungsi TH. Tabung Haji adalah salah satu institusi Islam yg unik yg ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1963. Misi utama adalah utk menguruskan pelbagai kemudahan demi kebajikan Jemaah haji Malaysia.
TH ditadbir berdasarkan kepada Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) dan perintis utk institusi keewangan Islam. TH mempunyai 9 juta pendeposit dgn nilai keseluruhan asset bernilai Rm75 billion. Selain mengumpul duit utk pergi haji, pendeposit juga dpt dividend setiap tahun sebanyak 5% ke 6% dari duit yg dilaburkan.
Duit dividend yg TH bagi tu adalah datang dari hasil pelaburan yg mereka buat. Around 50% from nilai keseluruhan asset di laburkan dalam pasaran saham Bursa dan juga Global. 24% dlm pasaran bond dan selebihnya dtg dari duit sewa dari asset TH. TH ni boleh dikira org lama juga dalam pasaran saham sbb usia TH dah cecah 50 thn.
TH adalah pemegang saham utk lebih 100 syarikat di pasaran saham Bursa Malaysia. Yg paling besar adalah BIMB atau Bank Islam, TNB, Maxis, Digi, Malakoff, MISC, IJM Corp, Cahya Mata Sarawak dan Gas Malaysia. Kenaikan harga saham dan juga hasil dividend dari saham ni semua akan diagihkan kepada pendeposit.

Kalau TH bermula main saham dari zaman 80an lagi, mesti nilai asset secara keseluruhan mesti dah berkembang pesat. Harga TNB 20 tahun lepas adalah Rm4 – 5 je se-unit sekarang dah Rm13.50. Kenaikan lebih dari 300%, belum campur dividend lagi tu. Turun naik pasaran saham mmg ada impact yg besar kat TH.
Dlm kes baru2 ni, kerajaan ckp TH bayar duit dividend menggunakan duit depositor dan nilai liabilities lebih besar dari asset. Salah satu yg menyumbang kepada masalah ni adalah kejatuhan pasaran saham Bursa Malaysia dan juga harga minyak. So bila pasaran jatuh teruk, nilai asset atau pelaburan pon tergolek sekali la.
Benda ni bukan first time berlaku, dari tahun 2015 lagi Bank Negara Malaysia dah highlight kes ni. Masa tu semua buat cool je sbb ingat pasaran saham akan rebound balik. Tapi bila dah bercampur politik, kes TH ni jadi famous balik la.
Apa pendapat korang pulak pasal kes Tabung Haji ni? Sebagai rakyat Malaysia yg prihatin cuba bg comment sikit dan kita berbincang kat ruang comment.