Jom baca nasihat dari Atok Warren. Harap kita dapat muhasabah diri dan tengok balik kesilapan yang dah berlaku…
RULE NO 1 : NEVER LOSE MONEY. RULE 2 : DON’T FORGET RULE NO 1
Banyak benda boleh kita belajar dari quote ni antaranya adalah money management. Stallion tekankan money management yng padu masa dalam class SKPG & TTT sebab benda ni boleh menyelamatkan anda dari hilang duit. Exposure yang rendah boleh menjamin keselamatan yang tinggi. Dapat profit kecil pon takpe, janji duit modal tak hilang.
RISK COMES FROM NOT KNOWING WHAT YOU ARE DOING
Ilmu adalah seperti pelampung untuk kita menyusuri laut yang dalam. Pelaburan saham adalah sangat luas dan dalam. Tanpa ilmu confirm boleh lemas. Ada beribu-ribu moving parts dalam pelaburan dan ia mengambil masa untuk kita faham semua. Satu dua hari memang tak boleh sebab Stallion pon masih lagi dalam proses pembelajaran. Setiap hari ada je benda baru berlaku dalam market. Sebab tu kena ada mentor.
ONLY BUY SOMETHING THAT YOU WOULD BE PERFECTLY HAPPY TO HOLD IF THE MARKET SHUT DOWN FOR 10 YEARS
Quote ni mmg dalam maksudnya. Untuk long-term investment atau duit retirement anda, mesti labur di saham yang paling kuat dan bagus dalam dunia. Saham tu mampu bertahan walau apa jua dugaan dunia seperti krisis ekonomi. Saham yang mampu bertahan adalah dari segment consumer seperti JNJ, PG, Kraft Heinz dan Nestle.
IT TAKES 20 YEARS TO BUILD A REPUTATION AND 5 MINS TO RUIN IT
Dalam pelaburan saham ni, kita mencari consistency dalam mengejar keuntungan bukan satu profit yang besar. Pelaburan saham memang kejam sebab dia bermain dengan emosi. Emosi yang akan mengawal kita bila time untung dan rugi. Korang boleh daapt untung besar hari ni, tapi persoalannya adakah korang boleh maintain momentum tu? Apa kita dalam dapat hari ni boleh hilang dalam sekelip mata.
BE FEARFUL WHEN OTHERS ARE GREEDY. BE GREEDY WHEN OTHERS ARE FEARFUL
Mind-set untuk contrarian investor yang akan mendapat untung berlipat kali ganda. Ada 3 jenis perangai pelabur yang tak pernah berubah iaitu fear, greed and hope. 3 perangai ni yang menjadikan pasaran saham ni sangat efficient. Bila saham yang bagus dah jatuh teruk, anda mesti mengambil perhatian kat saham tu dan kaji support level dengan teliti. Time jatuh adalah seperti mega sale!