JOHOR MEREKODKAN LAMBAKAN RUMAH TAK TERJUAL PALING TINGGI KAT MALAYSIA. ORG JOHOR BTOL KE???
Statistik terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan Malaysia menunjukkan ada lebih 40,000 rumah tak terjual kat Malaysia ni. Kat Johor ada lebih 13,000 unit rumah tak terjual dan diikuti Selangor dgn 7,200 unit dan Penang 3,300 unit.
Kebanyakan rumah tak boleh jual ni semua harga Rm500,000 ke atas. Rumah below Rm300,000 pon ada juga tapi less than 10% dari jumlah tu. Ada dua faktor yang menyumbang kepada masalah ni. Pertama supply lebih dari permintaan. Kedua, masalah ekonomi mengurangkan kemampuan pembeli.
Kat Johor, purata harga rumah adalah dlm lingkungan Rm500,000 dan kebanyakan rumah adalah dari jenis service apartment atau SOHO. Harga nampak mcm berbaloi tapi saiz rumah kecil lah. Mampu ke rakyat tempatan beli? Itu menjadi persoalannya kat Johor.

Impak kat pasaran saham memang jelas dan kalau korang perasan semua saham rumah jatuh tergolek golek especially saham yang ada exposure kat Johor seperti UEM SUNRISE. Harga saham property selalu akan jatuh dulu lepas tu baru lah harga rumah akan ikut.
So boleh beli ke sekarang ni? Rumah dah murah ni kan. Stallion sarankan kalau nk buat untuk duduk memang berbaloi la tapi kalau investment memang tak berbaloi nak beli rumah sebab tak liquid atau susah nk jual nanti. Kecuali kalau korang ada holding power, cash yang banyak dan mampu pegang lebih daripada 5 tahun. Paling terbaik korang tengok-tengok je saham property yang tengah murah ni.
Melabur dalam saham property lagi mudah sebab senang nak jual balik. Saham-saham padu seperti ECOWORLD, SPSETIA, MAHSING dan SUNWAY semua tengah murah dan untuk long-term memang ada peluang cerah. Bila ekonomi dah stabil memang saham cyclical macam property ni akan jalan dulu.
Ada org Johor kat sini?? Betul ke ada banyak rumah yang tak terjual ni?