GO-JEK DARI INDONESIA ADALAH ANTARA SYARIKAT START-UP TERBAIK DI DUNIA SETANDING APPLE DAN MICROSOFT
GO-JEK adalah syarikat teknologi yang ditubuhkan oleh seorang pemuda dari Indonesia pada tahun 2010. GO-JEK memang sebijik mcm GRAB tapi guna moto. Siapa pernah pergi ke Indonesia mesti pernah gunakan? Nama GO-JEK ni datang dari ojek atau moto teksi di Indonesia. Nama classic tapi idea memang World Class.
Baru 8 tahun di tubuhkan, value syarikat GO-JEK dah mencecah US$5 billion atau Rm 22 billion. Ada banyak syarikat besar telah melabur dalam GO-JEK antaranya Google dari United States, Temasik dari Singapore, Tencent dari China dan banyak lagi. Sikit tahun lagi, sudah pasti GO-JEK akan berada dalam pasaran saham.

Pada mulanya GO-JEK hanya bermula dengan 20 riders sahaja tapi sekarang dah ada lebih dari 1 million riders. GO-JEK dah mula beroperasi luar Indonesia, kita boleh jumpa GO-JEK di Singapore, Vietnam, Thailand dan mungkin akan ke Malaysia dalam masa terdekat nanti. So boleh lah mat motor cari duit lebih nanti.
Dalam report yang terbaru, full time rider boleh dapat dalam 3 juta rupiah sebulan jauh lagi tinggi dari gaji minimum rakyat Indonesia dan telah menyumbang sejumlah US$732 million setahun kepada ekonomi Indonesia. GO-JEK duduk dalam senarai 50 syarikat terbaik yang telah mengubah trend dalam dunia setanding dengan Apple dan Microsoft.
Dengan menggunakan Teknologi GO-JEK berjaya menawan dunia dan berniaga tanpa batasan dengan menggunakan asset yang minima. Singapore ada GRAB, Indonesia ada GO-JEK, Malaysia ada apa pula ye?