Dalam berita baru-baru ni, ramai orang tuduh Rosyam Nor sebagai barua Cina dan bukan pemilik sebenar ST Rosyam Mart sebab pegangan saham hanya 10% dalam syarikat. So lepas kejadian tu, Stallion tengok kat Twitter dan Insta, ramai yang memboikot super-market Rosyam Nor. Ok sekarang Stallion nak cuba membuka mata korang semua dan nilai sendiri kes Rosyam Nor ni.
Korang tau tak Steve Job pegang 0.5% je saham dalam Apple. Dia adalah founder dan pemberi idea kepada semua produk yang dikeluarkan. Lagi satu contoh adalah, syarikat bernama Amazon yang ditubuhkan oleh Jeff Bezos. Dalam laporan terbaru, Jeff Bezoz hanya pegang 16% je pegangan saham dalam Amazon. So dalam kes ni, Steve Job dan Jeff Bezos pun di tuduh barua juga ke?
Perniagaan memerlukan modal yang besar, lebih lagi time baru nak mula dan tak semua org boleh dapat pinjaman dari bank. Sekarang ni, mana-mana syarikat yang ada idea padu boleh dapat funding dari Venture Capital atau syarikat pemberi modal. Venture Capital akan laburkan wang dalam syarikat yang memerlukan then in return kita kena bagi dia pegangan saham.

Konsep ni bukan baru tapi masih ramai tak tahu. Sebab tu ramai orang kita yang pinjam ‘along’. Dan banyak start-up berjaya sebab dapat funding dari Venture Capital antaranya GO-JEK dan juga GRAB. Dalam milikan saham, pegangan more than 5% pon dah dikira substantial investor atau pelabur yg besar. Kalau syarikat Sendiran Berhad, pegangan 10% adalah significant dan ada hak untuk mendapat profit sharing.
So, tak semestinya kena pegang 50% or 100% baru boleh jadi owner yang sah. Dalam konsep milikan dalam bursa saham, pegangan 1 lot pon dah consider anda sebagai owner dan layak utk mengundi pada AGM setiap tahun. Pegangan 5% ke atas dah boleh melayakkan anda duduk dalam Ahli lembaga pengarah.
Dah faham? Lain kali sebelum nak tuduh macam-macam buat study dulu tentang milikan atau pegangan dalam syarikat.