Dari Restoran Nasi Kandar Ke Bursa Malaysia.

In Blog by stallionbro

RESTORAN NASI KANDAR PELITA BAKAL KE PASARAN BURSA MALAYSIA. DARI KEDAI MAMAK KE BURSA.

Beberapa hari lepas, Restoran Pelita telah menggegarkan warga pelabur dengan headline akan ke Bursa Malaysia pada tahun 2020. Kalau korang nak tahu, Pelita ditubuhkan pada tahun 1994 oleh beberapa individu antaranya KK Sihabutheen, Kaliq Jamal dan Datuk Shamsuri Ahmad. Setakat hari ni, Pelita ada lebih dari 20 cawangan di seluruh Malaysia.

Bukan setakat di Malaysia, Pelita ada buka cawangan di India dan Australia. Selain kedai mamak, Pelita ada beberapa buah hotel di Pulau Pinang dan Selangor. So dengan asset yang Pelita ada sekarang ni, Stallion rasa total revenue dalam setahun sudah pasti melebihi Rm100 juta. Korang pernah nampak Restoran Pelita ni kosong ke? Macam tak pernah je kan.

Apa tujuan Pelita masuk Bursa Malaysia? Tujuan utama adalah untuk raise capital untuk mengembangkan business. Pelita nak membuka 30% dari pegangan saham kepada public tapi jumlah dan harga se-unit masih belum tahu. Modal dari pasaran saham memang tiada interest so ini boleh memberi keuntungan yang berlipat kali ganda kalau rancangan Pelita berjaya.

Selain mengembangkan restoran, Pelita ada rancangan untuk membuka International School di Perai, Pulau Pinang. Ini adalah antara langkah untuk diversify atau mempelbagaikan perniagaan Pelita. Nampak mcm solid je plan Pelita ni sebab kedua-dua industri adalah industri yang defensif dan boleh memberi keuntungan dikala ekonomi mencabar.

Berjaya listing di Bursa Malaysia adalah end-game atau kemuncak syarikat Sendirian Berhad. Kalau korang nak tahu, memang tak banyak syarikat yang diusahakan Bumiputera berada di pasaran Bursa dan yang ada pun adalah syarikat GLC. Mungkin orang kita masih takut dan tak didedahkan dengan kelebihan berada di pasaran saham atau takut nak berkongsi milikan dengan org lain.

Banyak kelebihan syarikat yang ada di pasaran Bursa antaranya adalah, boleh mengembangkan modal yang besar dan cepat tanpa interest atau kadar faedah dan mempunyai status yang bagus. Kalau syarikat bagus, pelabur besar semua akan masuk dan sanggup untuk keluar duit mereka untuk berkembang bersama syarikat.

Mamak pun dah ke Bursa Malaysia, cukup hari bulan Mamak pun akan ke Wall-Street. Anda bila lagi??