PENCIPTA BOLLINGER BANDS, JOHN BOLLINGER TURUT BERADA DI IFTA KUALA LUMPUR BERKONGSI ILMU TEKNIKAL ANALISIS.
Oppss.. Jangan salah faham. Ini bukan kisah band muzik Queen seperti movie “Bohemian Rhapsody” yang ada di luar sana. Ini kisah kajian jatuh naik harga menggunakan indikator Bollinger Bands. Jom Kita Belajar Dan Kenali INDIKATOR BOLLINGER BANDS (BB).

APA ITU BOLLINGER BANDS
Indikator BB dicipta oleh pakar teknikal analisis iaitu John Bollinger pada tahun 1980-an. BB adalah suatu indikator yang membantu kita mengkaji volatiliti (transaksi) pasaran dan mengenalpasti range pergerakan harga. Indikator ini mempunyai tiga garis yang bergerak mengikut pergerakan harga. Ketiga-tiga garis tersebut dikenali sebagai Upper Band, Middle Band & Lower Band.
MIDDLE BAND sebenarnya adalah 20 moving average. Jarak antara Upper Band dan Lower Band dipengaruhi oleh volatiliti(transaksi) yang berlaku.


Semakin tinggi volatiliti(transaksi) dalam pasaran, semakin besar jarak antara Upper Band dan Lower Band.
Semakin rendah volatiliti dalam pasaran, semakin kecil jarak antara Upper Band dan Lower Band.
Jadi BB dapat membantu anda mengenal pasti sama ada pasaran sedang volatile atau sedang dalam trending.
ADAKAH BOLLINGER BANDS BOLEH DIGUNAKAN UNTUK ENTRY?
Jawapannya boleh. Dan untuk pengetahuan anda, BB adalah sesuai digunakan untuk sideway trend dan trending market Sekiranya anda trader tegar di global selalu long dan short, maka BB adalah salah satu teknik yang boleh diguna pakai