Apakah Kesan Penceraian Jeff Bezos Terhadap Saham Amazon

In Blog by stallionbro

PENCERAIAN JEFF BEZOS, FOUNDER KEPADA SAHAM AMAZON MUNGKIN AKAN MENJADI PENCERAIAN TERMAHAL DUNIA

Headline yang menggegarkan dunia sebab isteri beliau, MacKenzie Bezos mungkin akan jadi perempuan terkaya di dunia lepas bercerai. Di United States, pasangan selalu akan mendapat 50% daripada jumlah harta yang terkumpul semasa berkahwin. Berdasarkam jumlah asset semasa, isteri Bezos mungkin mendapat puluhan billions USD selepas 25 tahun berkahwin.

Setakat hari ini, Jeff Bezos mempunyai asset yang bernilai $135 billion. 90% dari jumlah tu datang dari saham Amazon. Cuba korang bayangkan, 8 tahun lepas saham Amazon hanya bernilai $135 se-unit dan sekarang saham Amazon bernilai $1617 se-unit. Saham Amazon melonjak lebih 1000% dalam masa 8 tahun.

Pegangan saham Jeff Bezos dalam saham Amazon ada lebih kurang 16% dan market capitalization atau jumlah keseluruhan syarikat adalah $802 billion. So, 16% dari jumlah tu adalah $128 billion. Jumlah tu jauh lagi besar dari Rizab Bank Negara Malaysia yg bernilai $100 billion. So kes penceraian Bezos boleh mengganggu saham Amazon.

Saham Amazon ditubuhkan pada tahun 1995 dengan bermula menjual buku secara online dan selepas 23 tahun, Amazon berjaya menjadi syarikat paling berharga dan terbesar dunia. Amazon ada lebih 600,000 pekerja dan yearly profit sebanyak $3 billion. Amazon masuk ke pasaran saham Wall-street pada tahun 1997 dengan IPO berharga $18 se-unit.

Antara risiko terbesar kepada saham Amazon adalah apabila bekas isteri beliau jual semua saham Amazon through open market. Kes ni pernah jadi kat Bursa, melibatkan saham Cahya Mata Sarawak. Kes penceraian yang berlaku antara anak sulung Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud yang menjadi tulang belakang saham CMS dan bekas isterinya telah menyebabkan saham CMS jatuh tergolek. Sebab tuntutan melibatkan ratus jutaan Ringgit.

So, nak long atau short? Boleh buka chart dan buat kajian.