Berkshire Hathaway Saham Paling Mahal Di Dunia.

In Blog by stallionbro

BERKSHIRE HATHAWAY YANG DITERAJUI OLEH WARREN BUFFET ADALAH SAHAM PALING MAHAL DI DUNIA. HARGA TERKINI ADALAH RM1.2 JUTA SE-UNIT

Berkshire Hathaway adalah syarikat conglomerate terbesar di dunia yang ditubuhkan pada tahun 1839. Pada mulanya, Berkshire hanyalah syarikat pembuatan textile tapi selepas Warren Buffet mengambil alih company tersebut pada tahun 1962, beliau telah menukar Berkshire kepada salah satu syarikat conglomerate terbesar dan paling berharga di dunia yang listed di Unites States.

Pada tahun 2008, saham Berkshire didagangkan pada harga $93,000 se-unit dan setakat hari ni saham Berkshire berharga $295,000 se-unit. Kenaikan yang direkodkan sebanyak 217% dalam masa 10 tahun. Total market capitalization atau saiz keseluruhan syarikat adalah dlm $500 billion dan telah merekodkan profit sebanyak $340 billion pada tahun 2017.

Kalau korang nak tahu, nature of business Berkshire adalah membeli saham-saham yang mempunyai prospect yang padu. Kenaikan saham yang dibeli dan dividen adalah sumber income utama untuk Berkshire. Berkshire mempunyai pegangan dalam lebih 50 saham di United States dan juga seluruh dunia. Dari saham penerbangan sampai ke Bank, semua dia ada.

Antara syarikat terkenal yang dipegang oleh Berkshire adalah Apple, Coca-cola, Amerian Express, Bank of America, Delta Airlines, Kraft Heinz, IBM, General Motors, Wal-Mart dan banyak lagi. Boleh kata, Berkshire ada exposure disemua key sektor dari penerbangan sampai ke bank hingga ke saham makanan. Pegangan dalam pelbagai sektor telah mengurangkan risiko pelaburan Berkshire.

Lagi tinggi pasaran saham naik, lagi banyaklah profit yang akan diperoleh oleh Berkshire. Pegangan terbesar Berkshire adalah dalam syarikat makanan terkemuka iaitu Kraft Heinz dengan pegangan sebanyak 26% yang berjumlah $28 billion. Kedua dalah saham Apple dengan jumlah pegangan sebanyak $27 billion. Ketiga adalah Coca-cola dengan pegangan sebanyak $16 billion.

Boleh kata modus operandi Berkshire Hathaway adalah seperti jerung saham seperti EPF, PNB, Blackrock dan Vanguard. Kerja utama dorang ni semua adalah membeli saham-saham yang mampu memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Investment style Berkshire adalah super long-term, pegang lebih dari 5 tahun.

Harap korang belajar sesuatu dari posting ni, Stallion harap salah sorang dari anda boleh menjadi seperti Warren Buffet.