LAGU BABY SHARK DOO DOO DOO TELAH MEMBUATKAN SAHAM SAMSUNG PUBLISHING CO DI KOREA STOCK EXCHANGE MENCECAH HARGA SILING!
Siapa sangka lagu Baby Shark yang dicipta oleh Pinkfong, syarikat education di Korea Selatan boleh meletup di seluruh dunia. Video Baby Shark yang dilancarkan di Youtube pada June 2016 telah mendapat total viewers sebanyak 2.1 billion setakat hari ni dan ini telah membuatkan Baby Shark masuk ke dalam carta Top 25 most viewed video dalam Youtube.

Syarikat Samsung Publication Limited adalah syarikat publication dari Korea Selatan yang mendapat tempias dari kehangatan video Baby Shark Doo Doo. Ia adalah antara pelabur terawal dengan memegang 25% saham dalam Smart Study Co yang telah menghasilkan video Baby Shark. Pinkfong adalah producer under Smart Study yang telah mencipta video tu.
Samsung Publication Limtied adalah syarikat yang listed di Korean Stock Exchange. Lepas pelancaran video Baby Shark, profit Smart Study Co melonjak lebih dari 80% pada tahun 2017. Baby shark telah menyumbang lebih kurang $7 juta kepada syarikat Smart Study Co. Dengan kecemerlangan video Baby Shark tu, Smart Study akan mengembangkan production ke Netflix.

Bila berita pasal Netflix ni keluar, saham Samsung Publication meletop dengan mencatatkan kenaikan sebanyak 30% atau mencapai limit siling harga saham dalam satu hari. Setakat 2019, saham Samsung Publication telah mencatatkan kenaikan sebanyak 100%. Bila dah masuk Netflix, Stallion jangka memang keuntungan akan naik berlipat kali ganda.
Kalau korang minat sangat video Baby Shart Doo Doo tu, boleh lah kumpul saham Samsung Publication Limited sebab itu adalah saham proxy kepada Baby Shark. Kalau video yang dihasilkan oleh Smart Study meletop lagi, sure saham Samsung Publication naik lagi.