DIVIDEND RENDAH? MARAH? SABAR DULU BOSSKU… JOM TGK APA FUNGSI UTAMA EPF
EPF atau Kumpulan Wang Simpanan Perkerja adalah badan yang akan menjamin dan menguruskan wang pencen atau retirement fund anda. Selepas habis tempoh berkerja, 60 tahun, anda memerlukan wang untuk terus mengekalkan kualiti hidup dan inilah kita panggil social security. Social security adalah salah satu effort kerajaan untuk memastikan kebajikan kita terjaga.
Hampir setiap negara maju ada pension fund dan KWSP tergolong dari Top 20, the largest pension fund in the world dengan total asset bernilai US$ 200 billion. Pension fund terbesar adalah Social Security Trust Fund di United States dengan jumlah total asset bernilai US$2.7 trillion diikuti dengan Superannuation di Australia US$2.5 trillion dan Govt Pension Fund Japan US$1.1 trillion.
Fungsi dan mechanism pension fund di seluruh dunia adalah sama iaitu untuk menjaga kebajikan anda selepas pencen. Dari segi undang-undang, KWSP wajib memberi dividend minimum sebanyak 2.5% setahun kepada semua pencarum. Untuk rekod, secara purata EPF bagi kita dividend dalam lingkungan 5-6%. Semenjak merdeka, tak pernah lagi la KWSP bagi 2.5%.

Jumlah dividend yang diumumkan selalunya berkait rapat dengan keadaan ekonomi dunia. Kalau ekonomi dunia teruk, dividend pon akan teruk. Pada tahun 2008, semasa global economic crisis, dividend EPF menjunam ke 4.5% dari 5.8% dari tahun sebelumnya. Crisis global macam ni memang akan memberi kesan yang besar kepada semua pension house, bukan EPF sahaja,
Secara total, asset pelaburan KWSP berjumlah Rm800 billion, 51% wang pelaburan akan pergi ke fixed income, 36% pasaran saham, 10% property dan 3% money market. KWSP melabur di lebih 40 buah negara dengan 26 matawang yang berlainan. Diversification atau kepelbagaian akan mengurangkan kadar risiko. Tapi kalau dah satu dunia teruk, memang tak boleh buat apa la.
Kalau ada global economic crisis, bukan KWSP je susah, pension fund negara lain pun akan struggle dan terpaksa memberi dividend rendah. Tapi keadaan macam ni selalunya tak akan berlarutan sebab, historically, kejatuhan pasaran saham dunia selalunya akan mengambil masa 8 bulan ke 12 bulan sebelum kembali ke paras asal. Ini lah di panggil kitaran pasaran saham.
Korang tak patut risau dividend dari KWSP, sebab dividend pasti ada cuma ada perbezaan sikit je. benda yang korang patut risau adalah 2/3 rakyat Malaysia berumur 54 tahun ada simpanan sebanyak Rm50,000 je. Cukup ke duit Rm50,000 lepas bersara tu??? Fikir lah dalam-dalam ye..