Keberanian Tony Fernandes Beli AirAsia Saat Pasaran Merudum

In Blog by stallionbro

TONY FERNANDES ADALAH SALAH SATU BILLIONAIRE MALAYSIA YANG BERJAYA MENCARI PELUANG DIKALA PASARAN MENJUNAM.

Bila pasaran saham tengah bergolak dan menjunam ke bawah pasti ramai yang akan menjauhkan diri dan tak nak libatkan diri dalam pasaran saham. Bila pasaran merah je semua takut nak masuk, bila pasaran hijau je ramai berpusu-pusu untuk masuk pasaran saham. Kalau korang ada mindset macam tu, memang susahlah nak jadi Billionaire macam Tony Fernandes.

Pada tahun 2001, Tony Fernandes telah membawa idea untuk membuka low-cost airline kepada Tun Dr Mahathir yang pada ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia. Tony memang ada banyak pengalaman dalam sektor penerbangan sebab beliau pernah berkerja di syarikat penerbangan tambang murah di U.K, Virgin Atlantic yang dimiliki oleh Richard Branson.

Tapi kenapa Oktober 2001 baru dia nak balik Malaysia nak tubuhkan Airasia?? Kalau korang masih ingat, pada Sept 2001 satu kejadian besar telah berlaku iaitu tragedi Sept 11 di mana Menara World Trade Centre di U.S telah dirempuh oleh dua kapal terbang komersial. Kejadian ini telah membuatkan pasaran saham dan harga kapal terbang komersial menjunam lebih 40%.

Kejadian itu dilihat sebagai peluang yang besar oleh Tony Fernandes. Lepas tragedi 9/11 dia terus ke Malaysia untuk menubuhkan Airasia. Timing penubuhan syarikat memang tepat pada masanya sebab kos permulaan tersangatlah rendah masa tu disebabkan semua orang takut untuk berniaga. Tony telah menggadai rumah dan wang simpanan untuk memulakan Airasia.

Masa tu Tun Mahathir menyarankan beliau untuk membeli Airasia dari Drb-Hicom yang sedang dibelenggu masalah kewangan. Tony telah membeli Airasia dengan harga Rm1 bersama dua kapal terbang Boeing 737 dan hutang sebesar Rm 40 juta. Selepas setahun, Tony telah berjaya mengembalikan Airasia dilandasan yang betul dan melangsaikan semua hutang.

Pada tahun 2004, Tony Fernandas telah memasukkan Airasia di pasaran Bursa dan mendapat sambutan yang sgt baik. Saham Airasia oversubscribed by 130 times dan berjaya mendapat Rm800 juta dari pelabur. Dalam masa 3 tahun, nasib Airasia terus berubah sebab Tony berjaya mengambil peluang ketika pasaran menjunam.

Dulu Tony beli Airasia dengan harga Rm1 je, tapi sekarang kalau korang nak beli Airsia kena ready duit sebanyak Rm10 billion.

Nampak tak macam mana Tony Fernandez mengambil peluang daripada krisis yang berlaku. Begitu juga dengan kita semua, peluang  untuk berjaya adalah lebih besar ketika pasaran saham sedang menjunam. Asalkan ada kajian fundamental syarikat, dan membuat kajian teknikal untuk tahu waktu yang betul untuk labur.