Ekonomi Dunia Agak Lembap Tapi Saham Shampoo Cecah Paras Harga Tertinggi

In Blog by stallionbro

EKONOMI DUNIA AGAK LEMBAP DAN TAK STABIL TAPI MACAM MANA SAHAM SHAMPOO BOLEH NAIK KE ALL TIME HIGH?

Kalau kita tengok keadaan semasa, memang satu dunia agak struggle dari segi ekonomi. Malaysia pun tak terlepas dari situasi ni. Cuba korang tengok prestasi Bursa Malaysia, sendu je dari tahun lepas. Tapi, kelembapan ekonomi dunia tak dapat menghalang saham shampoo terkemuka dunia untuk melompat tinggi ke paras tertinggi dalam sejarah.

Hmm mungkin ramai orang mengalami masalah kelemumur kot dikala ekonomi lembab ni. Saham yang kita nak discuss hari ni adalah saham The Procter & Gamble Company atau lebih dikenali dgn nama P&G (PG). Saham ni berada ni New York Stock Exchange dan didagangkan dgn harga $97 se-unit, ini adalah paras tertinggi dalam sejarah PG.

Kenaikan saham PG ni tak la sehebat saham Tech lain seperti FB, APPLE, NVIDIA, NETFLIX dan GOOGLE tapi kenaikan saham PG agak consistent. Kalau korang nak cari maksud uptrend yang sempurna, tengok lah chart PG sbb uptrend dia mmg sempurna dgn slope kenaikan 45 degree. Memang berbeza dengan saham Tech yang naik seperti rocket dan jatuh pon seperti rocket.

Saham consumer seperti PG mempunyai ciri-ciri defensif yang padu sebab tu ramai jerung besar dan pelabur berani membeli PG dikala pasaran saham merudum. Product yang dikeluarkan PG memang kalis krisis ekonomi sebab orang akan tetap beli walau apa pun keadaan ekonomi. Stallion rasa, setiap isi rumah orang kat Malaysia ni pasti ada satu produk dari PG.

Antara produk yang dikeluarkan oleh PG adalah OLAY, SK2, PANTENE, HEAD & SHOULDER, ORAL B, GILLETE, PAMPERS, DOWNY, IAMS, VICKS, DURACELL dan banyak lagi. Sales dari United States adalah yang terbesar dan diikuti dengan China dan Eropah. Total hasil jualan dalam setahun mencecah $70 billion dengan profit sebanyak $17 billion. Senyum je pelabur yang beli PG.

Pemegang saham terbesar utk PG semuanya jerung Global seperti Vanguard, Blackrock dan State Street. Lagi banyak korang beli produk dia, lagi kaya lah jerung2 Global ni. 77% dari jumlah profit setiap tahun akan diagihkan kepada pelabur dan setiap tahun PG akan memberi dividend sebanyak 3% kepada semua pelabur PG. Dah la saham naik mendadak, dapat dividend lg tuuu.

Dengan produk line yang beraneka dan luas, berani Stallion kata, memang susah kita nak rugi kalau letak duit dalam PG secara jangka panjang atau lebih dari 1 tahun. Tak kira hebat mana pun technology yang kita ada di masa hadapan, orang akan tetap membeli sebab kebanyakan product PG adalah terjurus kepada keperluan asas dan boleh digunakan diseluruh dunia.

10 tahun lepas saham PG didagangkan dengan harga $45, total kenaikan saham PG setakat hari ini adalah 123%. Kalau campur dividend, boleh kata 130% juga lah. Ini belum campur compounding effect kalau kita peram je saham ni.

Ada Yang Minat Nak Belajar Melabur Saham Global?

Siapa yang tak kenal nama-nama besar seperti Facebook, Apple, Amazon, Netflix dan Google (Alphabet) ni kan? Patuh Syariah pula tu saham-saham syarikat ini.

2 Seminar PERCUMA Di Lembah Klang

Tempat: MENARA PGRM, CHERAS
Tarikh: Sabtu, 20 April 2019
Masa: 8.00 Pagi – 1.00 Petang

Tempat: Menara Intan Millennium
Tarikh: Sabtu, 04 Mei 2019
8.00 pagi – 1.00 petang