GILIRAN SAHAM SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BREAK-OUT KE ALL-TIME HIGH KALI NI
Selepas 4 tahun menyepi kini giliran Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) break-out paras tertinggi dalam sejarah melepasi paras Rm4.50 se-unit. STMB adalah syarikat insurance Islamic kedua terbesar di Malaysia selepas Etiqa Insurance. Saiz keseluruhan STMB yg terkini adalah bernilai Rm3.7 billion, tergolong dlm Bursa Top 100.
Bank Islam adalah pemegang saham terbesar dlm STMB dgn pegangan sebanyak 60% dan diikuti dgn EPF dgn 12%. Bank Islam pula adalah anak syarikat Tabung Haji dgn pegangan saham sebanyak 53%. So boleh kata, STMB adalah syarikat dibawah kawalan Tabung Haji. Kalau saham STMB naik, saham Bank Islam pon pasti naik. Senyum je pengurusan TH.
STMB ditubukan pada tahun 1984 utk mengukuhkan kedudukan insurance yg berlandaskan Islam di Malaysia. Mengikut statistic terbaru, takaful atau Islamic Insurance telah berkembang dgn pesat dan mula meninggalkan conventional insurance utk general dan family insurance. Sekarang ni, syarikat insurance gergasi dunia pon dah mula focus utk menjual product takaful.

Umat Islam kini dah mula membuka mata setelah berpuluh-puluh tahun berususan dengan bank conventional yg ada unsur-unsur riba’ dalam setiap transaction. Demand utk Islamic Financial Product dah mula berkembang dgn pesat. Sebab tu hampir kesemua bank besar dunia berlumba-lumba menubuhkan Islamic unit.
Insitutsi keewangan Islam akan laburkan wang yg diterima dari pelanggan di pasaran bond dan juga saham utk memberi pulangan yg competitive. Konsep sama je mcm conventional tapi pelaburan yg dibuat mestilah patuh shariah. Sbb tu banyak saham gergasi Global seperti GOOGLE, MICROSOFT, NIKE dan MCD ada status shariah.
Umat Islam ada 1.8 billion di seluruh dunia atau 24% dari global population. Setakat hari ni, ramai lagi yg masih menggunakan product keewangan conventional. Cuba korang bayangkan kalau semua umat Islam di dunia bersatu dan focus utk mengembangkan keewangan Islam. Masyaallah….