Antara Syarikat Sektor Consumer Yang Mantap Di Global

In Blog by stallionbro

INI ADALAH SAHAM YANG PERLU ANDA PERHATIKAN KALAU NAK MELABUR PASARAN GLOBAL

Di Wall-Street ada lebih 13,000 saham, so memang agak pening untuk orang yang baru nak tengok saham Global. Untuk posting kali ni, Stallion akan review saham-saham yang patut anda tengok di pasaran Wall-Street. Tips utama adalah, pilih saham yang dekat dengan kita dan kita sendiri boleh nilai kualiti produk yang dikeluarkan. Tak payah pergi U.S, kat Malaysia pun kita boleh nilai.

1) NIKE

Nike adalah antara saham terbesar di Wall-Street dengan nilai keseluruhan $108 billion atau bersamaan dengan nilai gabungan semua saham di Bursa Malaysia. Harga se-unit adalah $85 dan dalam masa 5 tahun Nike telah mencatatkan kenaikan sebanyak 100%. Sebagai pengguna kita boleh nilai sendiri quality product Nike dan macam mana sambutan pengguna. Lagi ramai orang guna, lagi naik la saham Nike.

2) McDonalds

Saham kegemaran ramai ni didagangkan dengan harga $179 se-unit dengan saiz keseluruhan berjumlah $139 billion dan dalam masa 5 tahun MCD telah mencatatkan kenaikan sebanyak 80%. MCD termasuk dalam senarai 30 saham terbesar di U.S. Jumlah pengunjung yang datang makan di MCD kawasan berdekatan anda boleh menjadi penanda aras kepada value yang ada dalam MCD.

3) STARBUCKS

Saham kopi paling famous dalam dunia memang bersepah-sepah di Malaysia dengan lebih 250 outlets. Starbucks didagangkan dengan harga $71 se-unit dengan nilai keseluruhan berjumlah $88 billion. Rata-rata kopi Starbucks dijual dengan harga premium, tapi kedai tetap ada pelanggan. Kita pergi mana-mana negara pun boleh jumpa Starbucks. Kualiti kopi yang ditawarkan mungkin akan bergerak selari dengan harga saham.

So, inilah antara 3 saham yang anda boleh perhatikan sekiranya anda mahu mula melabur dalam pasaran global. Dari segi Shariah, ketiga-tiga saham ini menepati piawaian shariah. Dari segi fundamental kita dapat lihat syarikat ini memang mempunyai latarbelakang bisnes yang bagus. Cuma dari segi teknikal, masa yang betul untuk membeli anda perlu lakukan kajian.

Ada Yang Minat Nak Melabur Saham Global?

Siapa yang tak kenal nama-nama besar seperti Facebook, Apple, Amazon, Netflix dan Google (Alphabet) ni kan? Patuh Syariah pula tu saham-saham syarikat ini.

2 Seminar PERCUMA Di Lembah Klang.

Klik di sini Seminar Melabur Saham Global untuk mendaftar. Tempat adalah Terhad.