China memiliki dua pasaran saham utama iaitu Shanghai Stock Exchange dan juga Shenzhen Stock Exchange. Nilai keseluruhan kedua-dua pasaran saham di China ni adalah lebih kurang US $8 trillion. Shanghai adalah pasaran yang lebih besar dan didominasi oleh syarikat multinational gergasi China seperti China Construction Bank, Petro China dan Industrial Commercial Bank. Nilai keseluruhan Shanghai Stock Exchange adalah US$ 4.9 trillion.
Shenzhen pula adalah pasaran yang lebih modern dan didominasi oleh saham saham yg bersifat start-up yang tidak dikawal oleh kerajaan. Nilai keseluruhan saham di Shenzhen adalah US$ 3 trillion. Antara saham terbesar ada di Shenzen adalah Midea Group, salah satu syarikat electronic appliances terbesar di China. Kat Malaysia pon banyak produck dia dari ke TV sampai ke air-cond, semua ada.

Pasaran saham di U.S memanglah jauh lebih besar dengan nilai keseluruhan US$ 13 trillion tapi ada banyak sebab kenapa pasaran saham China dijangka dpt menandingi pasaran saham di U.S. Kalau korang tengok, pasaran di U.S memang sangat terbuka dan org luar dialu-alukan untuk melabur di U.S manakala di China memang agak conservative dan dorang tak suka orang luar melabur. Tapi itu cerita dulu.
Sekarang China telah membuka pasaran saham kepada org luar dengan banyak kelonggaran diberikan. Baru-baru ini pasaran saham China telah di ‘endorse’ atau diiktiraf salah satu agensi badan pelaburan terbesar dunia iaitu MSCI untuk meletakkan saham-saham besar China di dalam list mereka. So bila dah masuk dalam list, semua jerung-jerung global memang akan mengganas di China.

Cuba korang tengok pasaran saham China sekarang, jumlah pelabur yang membeli ketika ini memang tak masuk akal, berpuluh kali ganda jauh lagi besar dari pasaran saham di U.S. Satu hari, jumlah transaksi di China boleh mencecah 50 billion. Banyak saham-saham di China ni masih belum mendapat perhatian dari masyarakat dunia sebab ada masalah dengan takbir urus korporat.
Dengan perubahan dasar yang dilakukan di Shanghai dan Shenzhen Stock Exchange, semua syarikat di China akan mengambil langkat pro-aktif untuk memastikan takbir urus korporate pada tahap terbaik. Langkah yang dibuat ni akan menyaksikan lebih banyak jerung global akan membeli saham-saham China yang masih belum habis diteroka sebelum ini. China ni memang sebijik macam U.S pada tahun 80an laa.
Penggubalan dasar yang lebih baik untuk takbir urus korporat di China adalah seperti gelombang besar kedua selepas tahun 2008 dimana ekonomi China meletup-letup seperti bunga api dan masa tu lah banyak syarikat gergasi dunia berlumba-lumba utk memulakan operasi di China. Kepada pelabur global, jom kita tengok-tengok pasaran saham China.