Kebangkitan Levi’s Di Wall Street

In Blog by stallionbro

JENAMA JEANS TERKENAL LEVI’S BARU SAHAJA MENDARAT DI PASARAN WALL-STREET

Selepas 145 tahun ditubuhkan akhirnya LEVI’s atau Levi Strauss berjaya mempuat penampilan kedua di New York Stock Exchange dengan harga $17 se-unit. Sambutan terhadap IPO Levi’s agak menggalakan dari jerung dan juga retail investors sebab mereka merasakan harga IPO Levi’s adalah berpatutan dan setimpal dengan prestasi perniagaan syarikat.

Levi’s telah berjaya mengumpul dana sebanyak $620 million atau Rm2.5 billion dari IPO kali ini dan ia telah menjadikan Levi’s sebagai IPO terbesar setakat 2019. Kalau korang nak tahu, ini adalah kali kedua syarikat Levi’s membuat penampilan di pasaran Wall-Street. Kali pertama pada tahun 1971 tapi telah diturunkan pada tahun 1985.

Secara total Levi’s mempunyai 2800 buah outlet di 110 negara dengan kekuatan seramai lebih 15,000 staff di seluruh dunia. Dalam Malaysia je dah ada lebih 50 buah outlet. Pada tahun 2018, Levi’s telah mencatatkan keuntungan sebanyak $285 million atau Rm1.1 billion dengan hasil jualan sebanyak $5.6 billion. Lagi besar untung dia lagi tinggi lah saham Levi’s akan naik. Sebab saham akan bergerak selari dengan keuntungan syarikat.

Sumber video : NYSE

Duit yang Levi’s dapat dari IPO akan digunakan untuk perkembangan syarikat so nanti korang jangan la terkejut kalau kedai Levi’s kat Malaysia dah berubah wajah menjadi lebih besar atau power. Saham yang famous ni memang senang korang nak nilai value dia, salah satu cara adalah melihat sambutan peminat terhadap produk yang dijual oleh Levi’s. Kalau kedai Levi’s selalu penuh je atau produk dah mula viral, kebarangkalian utk saham Levi’s naik memang tinggi.

Stallion rasa, jeans Levi’s ni memang berkualiti tinggi tapi harga dia agak mahal kalau nak dibandingkan dengan jeans dari Uniqlo atau H&M. Asal usul Levi’s adalah dari pakaian buruh kasar sebab tu quality dan ketahanan memang tip-tip. So kita sebagai pengguna, memang agak mudah untuk bagi review tentang kualiti dan sambutan terhadap produk Levi’s dan dari sini lah korang relate kan dengan prestasi saham dengan menggunakan skill lain seperti Technical Analysis.