5 TIPS Kejayaan Untuk Survive Dalam Pelaburan Saham

In Blog by stallionbro

Memang susah nak berjaya tanpa ilmu dan bantuan. Untuk berjaya kita kena ada ilmu dan pengetahuanyang betul. Dengan ilmu pengetahuan yang ada, kita berusaha pula dan timba lebih banyak pengalaman. Tapi kita harus ada objektif yang munasabah, nawaitu yang betul bila belajar dan melakukan sesuatu. Kalau pikir nak jadi jutawan je setiap masa memang kita akan sangkut setengah jalan.

Orang yang dah pernah merasa kegagalan dalam pelaburan saham, Stallion nasihatkan korang cuba muhasabah diri dan cari punca kenapa kita gagal. Setiap orang pernah gagal. Setiap kali gagal, kita perlu teruskan perjuangan dan mencuba dengan cara baru yang dan lebih baik lagi. Hari ni Stallion nak share tips yang mungkin boleh membantu.

TIP # 1: CARI RAKAN SEPERJUANGAN YANG ADA OBJEKTIF YANG SAMA

Pelaburan saham ni adalah seperti larian marathon dan bukan acara pecut macam skim cepat kaya. So kalau nak kekal lama kita mestilah cari support system yang kuat seperti rakan seperjuangan dan mentor yang boleh meluangkan masa. Whatsapp Group saham adalah sangat membantu sebab anda boleh kaji dan belajar dari kejayaan atau kegagalan yang dikongsi oleh pelabur lain.

TIP # 2: SEDIAKAN SATU BUKU NOTA UNTUK CATATAN HARIAN

Bila anda mula melabur saham, anda akan rasa ada terlampau banyak sangat informasi sampai tak tahu mana satu nak mula. So, Stallion sarankan korang semua tulis semua benda yang penting dan berkaitan dengan saham yang kita beli. Tulis dengan tangan bukan dengan dalam hand phone sebab kita akan lebih cepat belajar kalau kita tulis sendiri dengan tangan. Back to basic. Macam masa kita belajar di sekolah dulu. Sebab ini bukan bidang kebiasaan kita. Kita zero.

TIP #3 : TETAPKAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF KENAPA NAK MELABUR

Benda ni adalah paling penting sekali untuk pelabur baru. Kalau nak melabur saham sebab nak jadi jutawan memang korang ada potensi untuk berhenti separuh jalan. So untuk tahun pertama, Stallion sarankan anda mesti ada objektif yang rasional. Contoh, cuba untuk beat dividend dari unit-trust tersohor di Malaysia iaitu ASB.

Kalau ASB bagi 8% setahun, kita cuba dapatkan 10% setahun. Kalau rasa-rasa dah pandai sikit cuba 10% untuk 6 bulan. Kemudian 10% untuk 3 bulan. Up lagi level sebulan 10% pula. Perlahan-lahan improve. Bukan masuk-masuk je pasaran terus nak power. Memang kena lauk la jawabnya. Baru darjah satu nak lawan budak Form 5.

Sentiasa ingat, Banyak atau sedikit bukan ukuran. Bukan berapa banyak kita buat dalam suatu masa masa. Tapi berapa banyak kali kita boleh profit setiap kali trading. Konsisten atau tidak.

TIP #4 : MULA MELABUR DENGAN MODAL YANG KECIL. JADIKAN PELABURAN SEBAGAI TABUNG SIMPANAN.

Pasaran saham adalah lautan yang sangat dalam dan rugi itu pasti. So, Stallion sarankan korang bermula dengan modal se-kecil Rm500. Kalau dah selesa baru tambah secara berperingkat mengikut keselesaan kita, jangan ikut org lain. Anggaplah modal Rm500 tu adalah untuk kita feel atau rasa sendiri macam mana saham ni berfungsi. Emosi ketika melabur memang sangat unik dan pengalaman tu sangat berharga.

Mula gandakan modal dengan platform broker tempatan seperti Maybank Investment Bank. Boleh beli 1 unit saham global. Contohnya beli saham Starbucks : SBUX, harga sekitar 72usd. Kali dengan 4 untuk convert ke ringgit, bersamaan RM288 seunit.

TIP #5 : DISIPLINKAN DIRI DENGAN RUTIN HARIAN SEBELUM MEMULAKAN PELABURAN

Stallion sarankan korang set satu rutin harian sebelum nak trade. Baca semua news dan pergerakan saham dunia di CNBC dan Investing.com walaupun korang tak terasa nak trade pun hari tu. Dengan rutin ni, korang akan dapat tahu flow pasaran saham dan macam mana news memberi kesan kepada pergerakan harga saham. Ini lah dipanggil market sense.