Ramai orang beranggapan kalau akaun mereka MC(Margin Call), automatik mereka akan menjadi penghutang kepada broker.
Pada hari ini, akaun MC bukan lagi suatu mimpi buruk buat para pedagang global. Kerana broker tidak lagi mengumpul kadar kerugian trader. Di mana broker akan force sell jika akaun kita tidak cukup margin untuk tampung kejatuhan harga saham.
Dengan itu, jika modal anda 1000usd, anda tidak akan jatuh muflis bila akaun anda MC. Anda hanya rugi jumlah modal anda dan anda tidak berhutang dengan broker.
Sebab itu untuk short-term trading, kami sarankan guna modal yang rendah sahaja. Awal-awal lagi kita dah tapis peruntukan modal yang kita sanggup rugi.
Apakah itu Margin?
Margin merupakan pinjaman atau facility yang diberikan oleh broker untuk kemudahan trade. Selalunya margin akan diberi berdasarkan nilai collateral atau aset yang diletakkan sebagai jaminan.
Ia bagi memastikan pelabur Dan trader dapat membeli dengan jumlah yang lebih besar dari nilai modal yang diletakkan.
Tapi apakah yang dimaksudkan dengan margin call?
Margin call sering berlaku apabila nilai pelaburan kita berkurangan sampai keparas danger zone. Setiap bank ada meletakkan limit setiap margin contohnya meletakkan had 80% setiap account Dan sekirannya jumlah pelaburan kita menurun ke paras 80% bank akan meminta pelabur untuk menambahkan modal ataupun force sell kita punya shares.
Hal ini berbeza dengan trading guna limit broker di pasaran Bursa Malaysia. Anda boleh jadi penghutang kepada broker jika overused dan saham alami kerugian. Kerana tiada force sell sebelum T4.
Nasihat kami, sila elakkan trade guna limit bila jual beli di Bursa Malaysia. Hanya trade guna idle fund atau modal yang kita ada. Ini juga salah satu sebab ramai pelabur baru rugi sebenarnya, trade guna limit.
Jadi bagaimana cara untuk elakkan akaun MC?
Bagi yang baru berjinak dengan pasaran saham, jangan overused margin atau letak modal besar terus dalam akaun. Sebab kemungkinan pelabur baru overused margin adalah tinggi. Ada kiraan berapa peratus margin yang boleh anda gunakan setiap kali trading.