3 Faktor Yang Mempengaruhi Pergerakan Pasaran Global

In Blog by stallionbro

Pasaran saham dunia pada masa ini agak tak menentu dan lebih condong ke arah selatan atau Bearish. Ekonomi dunia dan juga pasaran saham dunia telah berkembang dgn pesat dari tahun 2009 lagi dan kalau mengikut ahli akademik atau sejarah, 10 tahun adalah tempoh lengkap utk satu kitaran ekonomi. Selepas kitaran dah lengkap, maka akan terjadilah satu crisis seperti pada tahun 2000 Dotcom bubble dan 2009 Subprime krisis.

So keadaan ini telah meletakkan ramai pelabur dlm keadaan berjaga-jaga kerana, Stallion rasa pergerakan besar mungkin akan berlaku dalam pasaran saham dalam masa 6 bulan hingga 20 bulan dari sekarang. Buat masa ini, ada beberapa event besar yang boleh menjadi pencetus kepada pergerakan yg besar. Sebagai pelabur dan juga rakyat yg celik ekonomi, anda mesti tumpukan perhatian kepada 3 benda penting ini.

#1: PERANG PERDAGANGAN ANTARA US-CHINA

Perang alaf baru yg akan memberi kesan besar kepada masyarakat dunia. Perang ini telah dicetuskan oleh President Donald Trump yg merasakan perkembangan ekonomi China yg rancak dan kecanggihan teknologi dari China akan menjadi satu ancaman kepada United States. Setiap tahun United States mengimport sebanyak $500 billion product dari China dan China hanya mengimport sebanyak $130 billion.

Ini bermakna, rakyat United States mmg bergantung kepada product yg dikeluarkan di China dan byk syarikat multinationals dari US membuka kilang di China yg memberi kelebihan dari kos operasi. Perbincangan masih lagi dijalankan antara US-CHINA dan sekiranya kedua-dua belah pihak gagal utk mencapai perjanjian, ia akan memberi kesan yg besar kepada ekonomi dunia.

#2: BREXIT

Ekonomi Negara eropah yg semakin parah telah membuatkan Negara kaya seperti Britain utk keluar dari gabungan EU sebab ada byk negara dlm gabungan EU mempunyai masalah ekonomi yg serious. So sekarang ni, sepatutnya tarikh akhir utk Britain keluar dari EU adalah 29 March tapi sehingga kini masih belum ada kata putus tentang perjanjian yg adil antara EU dan Britain.

Impact Brexit kepada ekonomi dunia adalah jauh lebih besar dari impact krisis hutang EU pada tahun 2011 yg telah menarik pasaran saham dunia kebawah buat seketika. Apabila Britain keluar dari gabungan EU, kesemua beban akan diletakkan ke Germany dan France yg telah menanggung beban negara-negara krisis seperti Greece, Hungary, Romania dan Bulgaria

#3: US PRESIDENTIAL ELECTION

November 2020 adalah tarikh penentuan utk Presidential Election dimana ia akan berlangsung selama 4 tahun sekali. Mengikut anggaran ramai, Donald Trump dijangka akan kalah dan didakwa di mahkamah atas beberapa kesalahan. Selalunya President baru akan membawa hala tuju yg baru dan benda ini mungkin akan memberi kesan kepada perjalanan pasaran saham.

Kesan dari Presidential election ni boleh jadi terlalu positive dan juga terlalu negative. Masa ini lah dunia politik dan dunia pelaburan akan bertembung. So uncertainty sebelum terjadinya election ni akan membuatkan pasaran saham terganggu.