Peminat Starbucks Di Malaysia Wajib Baca

In Blog by stallionbro

Starbucks adalah antara kedai kopi premium yg paling laris di Malaysia dengan lebih 200 outlets diseluruh Malaysia yg mula beroperasi pada tahun 1998. Dengan RM10, mungkin anda akan dapat 1 cawan kopi di Starbucks tapi kalau di pasaran saham, korang akan dapat 6 unit saham owner kedai Starbucks kat Malaysia. Haa mana lagi berbaloi?

Kat Malaysia ni Berjaya Food adalah pengendali kedai Starbucks dengan usaha sama Starbucks Coffee International of United States. Berjaya Food adalah antara syarikat yg listed di Bursa Malaysia dengan harga Rm1.63 se-unit dan Starbucks pula adalah syarikat listed di New York Stock Exchange dengan harga $73 se-unit.

Kalau korang nak tahu, Revenue atau hasil jualan Starbucks di Malaysia sahaja ni adalah dalam Rm450 juta setahun dan setiap tahun hasil jualan mesti naik 10%. Sebagai peminat tegar Starbucks, memang rugi la kalau korang semua tak ambil peluang ni utk grow atau berkembang sekali dengan kedai kegemaran anda.

Berdasarkan growth rate Starbucks Malaysia dari tahun 2010 sampai sekarang, hasil jualan Starbucks Malaysia dijangka akan mencecah Rm1 billion pada tahun 2021 dengan penambahan lebih kedai di Malaysia. Lepas ni, cuba korang jengok2 sikit kedai Starbucks di kawasan anda, kalau penuh je selalu mmg btol la jangkaan ni.

Korang ada dua pilihan utk mengembangkan duit sambil minum kopi di Starbucks. Pilihan pertama, korang boleh melabur dalam saham Berjaya Food di Bursa secara long-term, pilihan kedua melabur dalam saham Starbucks di pasaran Global secara short-term. Lepas dah beli saham2 ni, baru lah rasa berbaloi utk minum kopi Starbucks hari-hari.

Tapi sebelum beli, kena tgk kepada dulu bacaan Technical Analysis (TA), sbb dari TA kita boleh tahu sama ada entry kita sesuai atau tidak.

Harap sharing Stallion kali ni dapat membantu menyedarkan peminat Starbucks di luar sana. Siapa peminat Starbucks angkat tangan!!!