Jualan Huawei Melebihi USD100 Billion Tahun 2018

In Blog by stallionbro

HUAWEI MENGGEGARKAN DUNIA DENGAN HASIL JUALAN MELEBIHI US$100 BILLION UNTUK TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 2018

Sebab situasi inilah Donald Trump sehabis boleh nak memulakan peperangan perdagangan dengan China. Syarikat Technology dari China telah mula mengorak langkah kedepan dan telah menjadi antara syarikat Technology terbaik di dunia. Walaupun keadaan ekonomi dunia mencabar, Huawei berjaya mencatatkan hasil jualan tertinggi dalam sejarah.

Dari segi geography, 50% dari hasil jualan Huawei adalah dari China, 28% dari benua Eropah, Africa dan Negara Arab. Asia mewakili 11% dari keseluruhan jualan. Benua Eropah mencatatkan kenaikkan tertinggi untuk 2018 dengan kenaikan sebanyak 28% dan diikuti oleh America 20%. Secara keseluruhan, hasil jualan Huawei telah berkembang sebanyak 26% dlm setahun dari tahun 2014.

Penjualan telephone adalah antara penyumbang terbesar kepada hasil jualan dgn mencatatkan sumbangan sebanyak 50% dan diikuti dgn rangkaian telekomunikasi atau 5G network dengan sumbangan sebanyak 40%. Huawei adalah antara syarikat dunia yg menjadi tulang belakang utk perkembangan 5G dan telah berjaya memecah dominasi syarikat dari Eropah.

Untuk segment smartphone, Huawei berjaya menduduki tempat kedua dari segi market share dibelakang Samsung. Ramai analysts menjangkakan, pada tahun 2021, Huawei akan dapat memintas Samsung dalam segment smartphone. Kalau nak bandingkan dari segi harga, memang Huawei dah menang dah yang kurang cuma teknologi je.

Tapi yang paling sayang adalah, Huawei ni private company so kita tak boleh nak beli saham Huawei. Owner Huawei mmg tak suka pasaran saham sebab dia cakap semua pelabur adalah tamak dan boleh mengganggu perjalanan syarikat. Kalau lah Huawei buat IPO, Stallion rasa confirm meletup dan boleh jadi antara IPO terbesar dlm dunia.

Donald Trump memang marah sangat kat Huawei ni sampai dia tangkap anak founder Huawei kat Canada atas tuduhan melakukan perniagaan secara halus dengan Iran. Kalau dulu, mungkin U.S memandang remeh benda ni, tapi sekarang U.S dah mula nak masuk campur sebab Huawei dah mula menjadi kuasa besar dalam sektor Technology.