Saudi Aramco Catat Keuntungan Terbesar Di Dunia

In Blog by stallionbro

Saudi Arabian Oil Company atau lebih dikenali dengan Aramco adalah syarikat yang paling untung di dalam dunia utk tahun berakhir 2018 setelah mencatatkan profit sebanyak US$100 billion. Pencapaian ini telah meletakkan Aramco jauh dari pencabar terdekat iaitu Apple dgn profit sebanyak US$59.5 billion. Profit Apple campur profit Google pun masih belum mampu mengatasi Aramco.

Aramco mengamalkan dasar tertutup dan jarang sekali mengumumkan prestasi keewangan kepada orang ramai sebab Aramco adalah syarikat kerajaan yg dikawal ketat oleh Raja-raja Arab Saudi.Tapi memandangkan Aramco nak masuk pasaran saham melalui IPO, dorang mmg kena bagi tau orang ramai tentang keadaan semasa syarikat.

Profit US$100 billion yg dijana oleh Aramco utk tahun 2018 adalah jauh lebih besar dari profit syarikat Oil & Gas gergasi yg lain. Sebagai contoh, Royal Dutch Shell hanya mencatatkan profit sebanyak US$24 billion pada tahun 2018 dan Exxon Mobil pula dgn US$20 billion. Aramco mmg mempunyai kelebihan tersendiri sebab boleh memproses minyak dgn kos yg rendah.

Arab Saudi adalah antara negara yg mempunyai oil reserve terbesar di dalam dunia dan kebanyakan telaga minyak berada di kawasan darat. So, kos utk mengeluarkan minyak adalah jauh lebih murah berbanding negara lain yg mempunyai telaga minyak di lautan dalam. Sebagai contoh, kos pengeluaran dan memproses minyak di Saudi Arabia adalah US$9 se-tong.

Negara yg mempunyai telaga minyak di lautan dalam terpaksa mengeluarkan kos yg tinggi utk mengeluarkan dan memproses minyak. Sebagai contoh, kos memproses minyak di Brazil adalah US$48 se-tong, UK $44 se-tong dan Canada US$41 se-tong. Antara penyebab kos yg tinggi adalah kapal pengangkut, pelantar minyak, tenaga kerja dan lan-lain.

Aramco ni sebenarnya tunggu masa je nak masuk pasaran saham. Dah bertahun-tahun delay disebabkan keadaan ekonomi semasa yg mencabar. Aramco dijangka akan diletakkan di pasaran saham Arab Saudi iaitu Tadawul dan juga di beberapa pasaran antarabangsa seperti Wall-Street dan London Stock Exchange. Sudah pasti saham ni, adalah saham patuh shariah.

Melalui IPO, Aramco dijangka dpt mengumpul dana sebanyak US$100 billion dan nilai keseluruhan syarikat akan berkembang menjadi US$2 trillion. Dana ini akan digunakan utk me-modernkan ekonomi Arab Saudi supaya tidak bergantung kepada hasil minyak semata-mata.

Analysts mengjangkakan, 2021 adalah tahun yg paling sesuai Aramco utk masuk pasaran saham dunia. Harap-harap masa tu korang semua dah pandai melabur di pasaran global, so boleh la kita beli Aramco ni utk pegangan jangka panjang.