Abbott Laboratories berpengkalan di US merupakan market leader kepada product technology blood screening,heart failure monitory & produk nutrisi.
Kalau kat Malaysia kita lebih kenal dengan nama produk mereka berbanding nama syarikat abbott ni. Produk mereka yang popular kat Malaysia ni adalah produk susu PEDIASURE.
Susu PediaSure ni boleh dikatakan susu premium bagi kanak-kanak. Harga yang dijual boleh dapat 2 – 3 kilo susu lain. Namun sebagai pelabur, kita perlu melihat dari segi potensi pasaran produk tersebut.

Kita boleh jumpa produk ni di mana-mana pasaraya yang ada di Malaysia. Jadi, keboleh pasaran dan permintaan produk ini ada. Produk ini juga terdapat di negara Asia Pasific, Europe, North America, South America dan Africa. Tahukah anda, mengikut statistik UNICEF setiap hari 353,000 bayi lahir di seluruh dunia. Tiada apa yang mustahil untuk produk ini berkembang.
Pada tahun 2018, Abbott telah mencatatkan Revenue atau Keuntungan Bersih sebanyak USD30.6 Billion. Dan sebanyak USD2.0 Billion telah dibayar kepada pemegang saham Abbott dalam bentuk deviden.

Untuk pengetahuan anda, syarikat Abbott ini adalah Patuh Shariah. Inilah syarikat yang patut kita laburkan.
Pada tahun 2014, harga 1 unit saham Abbott adalah 37usd.
Pada tahun 2019, harga 1 unit saham Abbott adalah 87usd.
Pulangan sebanyak 135% dalam masa 5 tahun.
Sekiranya anda membeli 1 unit saham Abbott pada harga RM148 (37×4) pada tahun 2014,
hari ini pelaburan anda telah menjadi RM316 (79×4).
Keuntungan yang anda jana adalah RM168.

Ini jika kita beli 1 unit di mana modal anda hanya RM148.
Jika anda beli 10 unit di mana modal anda adalah Rm1480, pelaburan anda menjadi RM3160 dan keuntungan yang dijana adalah RM1680.
TAPI PULANGAN ATAU R.O.I adalah tetap sama iaitu 113%. Keuntungan berbeza mengikut modal masing-masing.
Dunia pelaburan pada hari ini sudah mudah. Semua pembelian adalah atas talian atau secara online. Kini kita sudah boleh membeli saham global secara SELAMAT dan PATUH SHARIAH.
Pelbagaikan pelaburan kita. Labur di Bursa Malaysia. Labur juga di Global.