Dah Beli 5 Syarikat Global Yang Patuh Shariah Ni

In Blog by stallionbro

5 SAHAM GLOBAL PATUH SHARIAH YANG PATUT ANDA MILIKI

Ini adalah antara saham global patuh shariah yg mempunyai prospek yang besar dan boleh mengekalkan prestasi terbaik dalam jangka panjang.Saham ini juga mempunyai unlimited market dimana produk mereka boleh dijual di merata dunia dan menjadi leader dalam segment masing-masing. So dengan adanya dua kriteria ini, mereka sudah pasti boleh kekal lama.

#1: Google

Saham Google adalah saham kedua termahal di dunia di belakang saham Amazon. Saiz keseluruhan syarikat adalah $840 billion dan saham Google didagangkan dengan harga $1200 se-unit atau Rm4800. Dalam masa 5 tahun atau dari Jan 2014, saham Google telah mencatatkan kenaikan sebanyak 124%. Kenaikan saham Google agak stabil dan kukuh disokong oleh 1.7 billion pengguna di seluruh dunia.

#2 : Intel

Old is Gold! Saham Intel adalah antara saham teknologi yang boleh dianggap otai sebab dah berumur 50 tahun dan jauh lebih lama dari saham-saham teknologi yang lain. Saham Intel berjaya berkembang dengan pesat selaras dengan perkembangan dan perubahan technology moden. Saham Intel didagangkan dengan harga$55 se-unit dan ia telah mencatatkan kenaikan sebanyak 125% dalam masa 5 tahun.

#3: McDonald’s

Saham ni tak perlu diperkenalkan sebab dah famous dalam kalangan rakyat Malaysia. Saham MCD korang boleh beli di New York Stock Exchange dengan harga $190 se-unit. Dalam masa 5 tahun, MCD telah membuat kenaikan sebanyak 100%. Dengan lebih dari 37,000 buat restaurant di seluruh dunia, MCD dijangka akan terus menjadi leader dalam segment fast food restaurant.

#4:NIKE

Brand barangan sukan terbesar di dunia dan selalu menjadi leader kepada industry sukan. Dari English Premier League sampai lah ke Malaysia Super League, pasti ada saja pasukan yg ditaja oleh Nike. Saham Nike berasal dari U.S dan didagangkan dgn harga $85 se-unit. Setakat 5 tahun, Nike telah naik sebanyak 125%. Pengaruh Nike dlm dunia sukan adalah besar dan sebab tu Nike adalah salah satu saham pujaan jerung-jerung global.

#5 : ADIDAS

Persaingan Nike dan Adidas dlm dunia saham mmg sebijik mcm Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi. Adidas adalah saham yang lebih kecil dari segi nilai syarikat dan saham ni listed di German dgn harga €227 se-unit. Dalam masa 5 tahun, saham Adidas telah mencatatkan kenaikan sebanyak 147%. Dari segi product technology, Adidas sememangnya lebih baik dari product Nike walaupun mencatatkan keuntungan yg lebih kecil. Dua saham sukan ni dijangka akan terus menjadi leader utk industri sukan.

Sebenarnya ada banyak lagi saham global yang patuh shariah yang boleh kita laburkan. Sekarang semua urusan belian adalah online. Sekiranya anda nak tahu lebih lanjut lagi macam cara nak mula, penggunaan platform pelaburan online, boleh hadir jumpa Stallion. Kami akan ajar anda macam mana cara nak jual beli saham global sendiri. Tak perlu orang tengah. Duit anda, anda yang jaga. PM di facebook Stallion Brothers, kami akan maklumkan bila anda boleh jumpa belajar bersama kami. Yuran percuma.