Warren Buffet adalah salah seorang legenda dalam dunia pelaburan dunia yang berasal dari United States. Beliau mendapat hasil kekayaan dari pasaran saham melalui syarikat Berkshire Hathaway dan melalui pasaran saham juga lah beliau berjaya menjadi antara orang terkaya di dalam dunia. Kebanyakan saham yang dipegang adalah untung pelaburan jangka panjang. Jom tengok saham apa yang di pegang boleh Warren Buffet.

#1: APPLE
Apple adalah antara saham yang terbesar dipegang oleh Warren Buffet dari segi nilai keseluruhan. Warren Buffett memegang sebanyak 250 juta saham Apple dengan nilai keseluruhan $50 billion. Beliau membeli saham Apple pada February 2017 dengan harga $129 se-unit. Hari ini saham Apple didagangkan dengan harga $200. Apple adalah satu-satunya saham Teknologi yang dipegang oleh Warrant Buffett sebab Apple adalah leader kepada industri dan benchmark kepada produk Tech dunia.

#2: Coca-Cola
Ini adalah antara saham pertama yang dibeli oleh Warren Buffett melalui syarikat Berkshire Hathaway. Warren Buffett membeli saham Coca-Cola pada tahun 1988 dengan harga $2.45 se-unit. Hari ini, Coca-Cola didagangkan dengan harga $46 se-unit. Kenaikan sebanyak 1700% dalam masa 30 tahun dan ini tak termasuk dengan dividend, kalau campur dividend mungkin jumlah ROI boleh menjadi 3000%. Saham Coca-Cola adalah antara saham yang paling stabil di dunia atau kita boleh kat recession proof.

#3 : American Express
Antara saham financial ysng telah menjadi salah satu asset terpenting Warren Buffett. American Express adalah antara saham Credit Card terbesar di dunia dan telah naik lebih dari 1000% selepas dibeli boleh Warren Bufett. 10 tahun lepas saham American Express didagangkan dengan harga $20 se-unit dan kini harga se-unit telah mencecah lebih $100. Saham ni memang akan bergerak selari dengan ekonomi dunia, kalau ekonomi bagus memang keuntungan saham ni akan melipat kali ganda.
Persamaan terbesar antara 3 saham ni adalah mereka adalah leader kepada industri dan terkenal di merata dunia. Produk yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat ni telah menjadi gaya hidup dan susah untuk terpisah dengan aktiviti harian. So bila dah melekat dengan kehidupan harian, secara automatik kita akan membeli atau menggunakannya. Inilah ciri-ciri terbaik untuk saham jangka panjang.
Antara 3 saham ni, hanya dua sahaja yang patuh shariah iaitu Apple dan juga Coca-Cola. American Express tak shariah sebab dia adalah saham Credit Card yang mendapat keuntungan dari interest.