Harga Disney Meroket Selepas Pengumuman Disney+

In Blog by Redza Sazali

DISNEY MELONJAK NAIK 11.54%..

Disney baru ini membuat pengumuman akan melancarkan LIVE TV Streaming yang dipanggil Disney+

Disney adalah jenama yang tidak asing lagi. Siapa tak kenal movie cartoon kanak-kanak yang memang tak lapok dek zaman macam cerita “Lion King” dan “The Little Mermaid”. Bukan anak-anak je layan makpak budak pun boleh hafal jalan cerita semua. Disney juga merupakan produksi movie famous yang lain termasuk Marvel dan Star Wars.

Strategi untuk pergi ke subscription TV streaming adalah satu pilihan yang mencabar kerana pesaing dan leader pada produk ini adalah NETFLIX yang mempunyai lebih 130 juta subscriber dan dah lama dalam industri streaming.

Kelebihan antara setiap produk dapat kita breakdown dalam 3 isu utama:

1. Harga subscription fees
2. Produk & Jenis (TV Show/Movies) 
3. Size pelanggan

Disney+ mempunyai kelebihan ketara dari segi harga jauh lebih murah berbanding NFLX dan AMZN prime. Harga mampu milik yang rendah ini dapat menarik pelanggan lebih ramai terutama ibubapa yang sanggup langgan untuk tontonan anak-anak.

Disney mempunyai kelebihan content kerana menghasilkan movie paling laris dan famous sejak berpuluh tahun. Mereka tak perlu bergantung pada third party content kerana mereka sendiri dah ada banyak movie. Itu belum masuk Movie Marvel Studio seperti X-Men & Spiderman.

Jumlah pelanggan penentu keuntungan. Netflix mengambil masa 13 tahun sejak produk streaming dilancarkan untuk mencecah 130 juta langganan tetapi Disney+ hanya akan berada di pasaran bulan November. Syarikat menjangkakan akan mencapai 60-90 juta langganan pada tahun 2024.

Senang cerita dorang ni memang buat Movie sendiri dan sekarang ni jual movie dalam platform Streaming sendiri. Pukul rata cara dorang nak dapatkan profit. Ini adalah sesuatu yang tersangat positive untuk pelaburan long term dan telah berjaya menaikkan harga saham ke paras tertinggi dalam sejarah. Namun, untuk muslim saham ini tidak patuh shariah.