Saham yang kita nak ceritakan kali ini adalah saham-saham yang berada di Bursa sebab bulan Ramadhan kurang memberi kesan kepada perjalanan saham-saham Global. Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ni, Stallion nak cerita sikit tentang saham yang mempunyai hubungan positive dengan bulan puasa.

#1: PADINI
Perayaan dan Padini memang tak dapat dipisahkan sebab ia mampu memberi kesan yang besar kepada hasil jualan. Setiap kali Padini mengumumkan prestasi keewangan ‘quarterly’ yang berselisih dengan perayaan, hasil jualan dan profit pasti akan naik mendadak. Selalunya, harga saham akan naik beberapa minggu sebelum perayaan dan ini adalah trend yang normal untuk Padini.

#2: AIRASIA
Korang perasan tak bila waktu perayaan atau cuti panjang, harga ticket kapal terbang akan mahal? Itu adalah salah satu indicator yang simple untuk korang tahu prestasi Airasia. Algorithm akan menentukan kenaikan dan penurunan harga ticket mengikut permintaan. Lagi ramai orang balik kampung lagi masyukk la Airasia. Tapi saham ni tidak patuh shariah

#3 : F&N
Antara saham yang termahal di Bursa yang didagangkan dgn harga Rm34.80 se-unit. Saham ni agak special sebab dalam tempoh Ramadhan – Syawal, saham F&N akan mencapai paras tertinggi dalam sejarah atau tertinggi dalam se-tahun. Lagi banyak open house kat Malaysia ni, lagi banyak lah hasil jualan F&N sebab product F&N dah sebati dengan rakyat Malaysia.