SAHAM QUALCOMM MELONJAK KE AL-TIME HIGH SELEPAS BERDAMAI DENGAN APPLE
Selepas dua tahun Qualcomm dan Apple bergaduh turun naik mahkamah, akhirnya mereka berdamai kembali. Minggu lepas Qualcomm dan Apple mencapai kata sepakat untuk menghentikan segala tuduhan dan pertelingkahan antara mereka. Lepas pengumuman je, saham Qualcomm melonjak 50% dalam masa dua hari. Saham Apple pula berjaya melonjak melepasi paras resistance $200.
Qualcomm atau Qcom adalah antara saham chip manufacturer terbesar di dunia yang berpangkalan di United States yang didagangkan dengan harga $79 se-unit. Mereka adalah pembekal utama untuk produk yang dikeluarkan oleh Apple dan boleh kata, setiap Iphone yang korang guna tu ada chip dari Qcom. So lagi banyak produk Apple yang dijual lagi banyaklah profit untuk Qcom. Untuk setiap Iphone yang dijual, Qcom akan dapat royalty sebanyak USD$8-$9. Ini belum masuk contract supply chip lagi.

Pada tahun 2016-2017, Apple memberhentikan penggunaan chip dari Qcom sebab dorang nak buat sendiri chip, kira in-house production lah sebab nak jimat kos. Lepas tu, Qcom mengambil keputusan utk saman Apple sebab mencuri patent atau menciplak produk mereka. Sebab tu, dalam masa 2 tahun ni, saham Qcom agak lemau sebab ramai orang menjangka mereka baru sahaja hilang customer terbesar.
Saham Qcom ni boleh kata saham big-cap di Wallstreet sebab saiz keseluruhan syarikat adalah $100 billion. Bersamaan dengan saiz keseluruhan syarikat yang ada di Bursa Malaysia dan saham ni juga adalah patuh shariah. Lepas announce perjanjian damai dengan Apple, saham Qcom naik 25% dan keesokan harinya pula naik lagi 25%.



Pasaran saham Global ni memang tersangatlah sensitif kepada news, kalau ada news positive atau catalyst je, saham mesti naik gila-gila. Sebab Wall-street adalah magnet kepada dunia pelaburan dan terdapat berjuta-juta jenis pelabur di sana. Semua pelabur institutional dunia atau jerung global wajib untuk pergi ke pasaran Wall-Street untuk melabur kerana peluang adalah unlimited.
Dengan perkembangan pesat teknologi 5G, ada banyak saham-saham Tech di Wall-Street yang korang patut tengok. Dari semurah $20 se-unit sehingga lah semahal $1200 se-unit, semua korang boleh jumpa di Wall-Street. Setakat hari ini, saham Teknologi adalah antara saham yang terbaik sebab ia telah memberikan keuntungan yang terbesar berbanding saham di sektor yang lain. Kebanyakan saham Teknologi ni pula adalah patuh shariah.
Sekarang ni semua dah ada dihujung jari, nak tak nak je explore. Paling mudah, datang jumpa dengan Stallion. Kami akan kongsikan dan ajar kepada anda. Terdapat seminar percuma yang kami anjurkan dan diberikan video pembelajaran saham percuma. Nak tak nak je usaha.