Syarikat Elektrik Midea Antara Saham Terbaik Shenzen

In Blog by Hafiz Rusli

KORANG TAHU TAK SYARIKAT MIDEA YANG JUAL AIRCOND TU ADALAH ANTARA SAHAM TERBAIK KAT SHENZHEN STOCK EXCHANGE DI CHINA

Midea adalah syarikat membuat alatan elektronik dari China, sekarang ni kalau korang perasan dah banyak kedai mula menjual aircond jenama Midea. Saham Midea korang boleh jumpa di Shenzhen Stock Exchange dan harga saham didagangkan dgn harga Chinese Yuan ¥52 se-unit atau Rm32.50 se-unit.

Nilai keseluruhan saham Midea adalah Rm200 billion, iaitu dua kali ganda lebih besar dari saham Maybank di Bursa Malaysia. Setakat 2019, saham Midea telah mencatatkan kenaikan sebanyak 50%. Kalau kat China, 50% tu boleh dikira normal sebab ada banyak lagi saham di China yang mencatatkan keuntungan luar biasa.

Midea adalah salah satu syarikat di dalam senarai Fortune Global 500 dan kalau korang nak tahu Xiaomi adalah antara pelabur terawal dalam saham Midea. Barang keluaran Midea juga adalah standing dengan barang keluaran syarikat Jepun sebab pada tahun 2016, Midea Group telah membeli sepenuhnya Toshiba’s home appliances dengan harga $477 juta.

Midea ditubuhkan pada tahun 1951 dan antara syarikat terawal di China. Sebelum ni Midea adalah syarikat OEM sahaja untuk jenama terkenal dunia tetapi, pada awal tahun 2000, Midea telah melancarkan produk elekronik sendiri dan mula menjual dengan meluas di seluruh dunia. Dari United States sampailah Australia, kita boleh jumpa Aircond jenama Midea.

Antara projek terbesar atau high profile yang telah disertai Midea adalah membina sistem penyejuk atau air-cond berskala besar untuk 12 Stadium Olympic di Brazil pada tahun 2016 dan 9 Stadium untuk Brazil World Cup pada tahun 2014. Nampak tak? Dalam diam syarikat dari China mula mengorak langkah untuk memecahkan dominasi syarikat dari Barat.

Sebenarnya ada banyak lagi saham-saham di China yang mempunyai potensi yang besar. Dengan kemasukan saham China di dalam senarai agensi pelaburan dunia, MSCI pada bulan May nanti, sudah pasti kenaikan pasaran saham China akan berterusan dan mungkin boleh mengatasi pasaran saham di Wall-Street satu hari nanti.